Posts

Rabun Dekat / Presbyopia

Image
    ' Presbyopia' terjadi apabila mata anda secara beransur-ansur kehilangan keupayaan untuk melihat sesuatu dengan jelas dari dekat. Keadaan ini adalah 'normal' untuk berlaku pada orang yang berumur. Istilah 'presbyopia' berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud mata tua. Individu yang mempunyai 'presbyopia' mungkin akan mendapati bahawa mereka akan menjauhkan jarak bahan bacaan untuk melihat tulisan pada bahan bacaan dengan lebih jelas.  Figura 1: Keadaan individu yang mempunyai presbyopia. Sumber dari https://ebsaar.com/learning-the-difference-between-presbyopia-and-hyperopia/.     Kanta anda terletak di dalam mata di belakang 'iris' (mata berwarna) anda. Bentuk kanta akan berubah untuk memfokuskan cahaya ke retina supaya anda boleh melihat. Apabila anda masih muda, keadaan kanta yang fleksibel membolehkan untuk mudah merubah bentuk. Hal ini membolehkan mata anda fokus untuk melihat pada jarak jauh dan dekat. Selepas berumur 40 tahun, k

Rabun Silau / Astigmatisme

Image
      Astigmatisme atau rabun silau ialah masalah mata yang selalu terjadi yang mengakibatkan penglihatan menjadi kabur. Astigmatisme terjadi disebabkan oleh kornea atau kanta yang mempunyai bentuk yang berbeza daripada bentuk biasa. Kelengkungan kanta di dalam mata boleh berubah dan mengakibatkan peningkatan astigmatisme. Figura 1: Gambaran bentuk kornea yang meyebabkan astigmatisme. Sumber dari http://www.hertzogfamilyeyecare.com/astigmatism.html.      Kebiasaannya, kornea dan kanta di bahagian hadapan mata mempunyai bentuk bulat yang sama rata. Hal ini membantu memfokuskan cahaya tepat pada retina supaya boleh melihat dengan jelas. Dengan adanya astigmatisme, cahaya tidak membias dengan betul apabila ia memasuki bahagian depan mata. Penglihatan menjadi kabur pada jarak dekat dan jauh kerana cahaya jatuh sama ada di hadapan atau di belakang retina.  Sesetangah individu mungkin mempunyai astigmatisme dengan rabun yang lain seperti 'myopia' 'hyperopia' Faktor-faktor Ast

Hyperopia

Image
      'Hyperopia' ialah rabun yang menyebabkan objek yang dekat kelihatan kabur. 'Hyperopia' berlaku apabila cahaya jatuh di belakang retina dan tidak jatuh tepat di retina dan menyebabkan objek kelihatan kabur. 'Hyperopia' bukanlah terjadi disebabkan penuaan kanta yang menyebabkan 'presbyopia'. Figura 1: Perbezaaan penglihatan antara individu yang mempunyai 'hyperopia' dan individu normal. Sumber dari https://lookandsee.ca/what-is-hyperopia/.      Kebanyakkann individu yang mempunyai 'hyperopia' boleh melihat objek jauh dengan jelas namun, objek dekat kelihatan kabur. Bagi individu yang mempunyai 'hyperopia' yang tinggi, penglihatan boleh menjadi kabur pada jarak dekat dan jauh.  Dengan 'hyperopia', cahaya tidak jatuh tepat pada retina tetapi jatuh pada belakang retina.  Simptom-simptom 'Hyperopia' Mengalami kesukaran ketika membaca Rasa tegang pada mata Sakit kepala Rawatan-rawatan 'Hyperopia' Cermin mata

Myopia

Image
    'Myopia' ialah keadaan penglihatan di mana orang dapat melihat objek dekat dengan jelas, tetapi objek yang jauh kelihatan kabur. ' Power' kanak-kanak yang mempunyai 'myopia' biasanya akan bertambah apabila usia mereka meningkat dan 'power' mereka biasanya akan stabil ketika berumur 20-an.       Untuk anda melihat dengan jelas, sinaran cahaya mesti melalui lapisan hadapan mata (kornea dan kanta). Kornea dan kanta bekerjasama untuk membengkokkan cahaya untuk jatuh tepat pada retina. Dengan 'myopia', cahaya tidak jatuh tepat pada retina malah,jatuh di hadapan retina. Antara penyebab 'myopia' ialah kornea di hadapan mata terlalu melengkung, atau bebola mata mungkin lebih panjang dari biasa.  Apabila cahaya tidak jatuh tepat pada retina, penglihatan menjadi kabur.  Figura 1: Perbezaan keadaan cahaya dalam mata 'normal vs mata 'myopia. Sumber dari https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/8579-myopia-nearsightedness. Simptom-si

Thyroid Eye Disease

Image
    Tiroid ialah kalenjar di bahagian leher anda yang menghasilkan hormon yang membantu mengawal metabolisme manusia. Penyakit mata tiroid atau 'Thyroid eye disease (TED)' ialah keadaan autoimun yang berlaku apabila kalenjar tiroid tidak berfungsi dengan baik. Kebanyakkan orang yang menghidapi penyakit TED mempunyai kalenjar tiroid yang menghasilkan terlalu banyak hormon dan keadaan ini dinamakan hipertiroidisme.       Dengan TED, sistem imun menyerang otot dan tisu di sekeliling mata dan menyebabkan  keradangan pada bahagian orbit mata. TED ialah penyebab paling biasa yang mengakibatkan proptosis (mata terbonjol keluar) pada satu mata atau kedua-dua mata pada orang dewasa.  Figura 1: Gambar di sebelah kiri ialah contoh keadaaan mata pesakit yang menghidapi penyakit TED. Sumber dari https://wcosmeticsurgery.com/before-and-after/thyroid-eye-disease/. Tanda-tanda dan Simptom-simptom TED Rasa mata berpasir dan kering Mata nampak terbonjol ke depan Sensitif terhadap cahaya Rasa sak

Rabun

Image
    Rabun merujuk kepada sebarang keadaan yang mengakibatkan imej objek yang dilihat tidak tertumpu dengan tepat pada retina.  Rabun ini termasuk 'hyperopia', 'myopia' dan astigmatisme.  Kanta cermin mata ialah alat paling biasa digunakan untuk membetulkan rabun. Kanta cermin mata boleh berbentuk cembung (convex ) untuk membetulkan 'hyperopia' dan boleh berbentuk cekung (concave) untuk membetulkan 'myopia'. Selain itu, terdapat kanta 'cylinder' untuk membetulkan astigmatisme atau rabun silau.     'Hyperopia' merujuk kepada keadaan apabila imej objek yang dilihat jatuh di belakang retina. Hal ini mengakibatkan objek yang dilihat menjadi kabur. 'Myopia' terjadi apabila imej objek yang dilihat jatuh di hadapan retina. Astigmatisme pula terjadi apabila imej objek yang dilihat jatuh pada tempat yang berbeza.  Figura 1: Kedudukan cahaya jatuh pada dalam keadaan rabun. Sumber dari https://www.allaboutvision.com/conditions/ametropia/.  

Myasthenia Gravis

Image
      Myasthenia Gravis (MG) ialah penyakit neuromuskular kronik yang mengakibatkan otot menjadi lemah. Penyakit ini boleh menjejaskan otot badan terutamanya otot yang mengawal mata, mulut, tekak dan anggota badan yang lain. Penyakit Myasthenia Gravis terjadi disebabkan kesilapan dalam cara isyarat saraf yang dihantar ke otot. Penyakit ini boleh menyerang sesiapa sahaja pada sebarang umur, tetapi ia lebih kerap berlaku pada wanita muda (berumur 20 dan 30 tahun) lelaki yang berumur 50 dan ke atas.     Penyakit MG boleh mengakibatkan kesukaran untuk menelan dan bernafas. Punca MG tidak diketahui dan tiada penawar, tetapi pengesanan awal dan rawatan segera boleh membantu pesakit hidup lebih lama. MG tidak diwarisi dan ia tidak berjangkit. Ia biasanya berlaku apabila antibodi menyerang reseptor normal saraf pada otot. Simptom-simptom Myasthenia Gravis Masalah penglihatan termasuk 'ptosis' dan melihat satu objek menjadi dua (double vision). Kelemahan dan keletihan otot mungkin menin