Posts

Hyperopia

Image
      'Hyperopia' ialah rabun yang menyebabkan objek yang dekat kelihatan kabur. 'Hyperopia' berlaku apabila cahaya jatuh di belakang retina dan tidak jatuh tepat di retina dan menyebabkan objek kelihatan kabur. 'Hyperopia' bukanlah terjadi disebabkan penuaan kanta yang menyebabkan 'presbyopia'. Figura 1: Perbezaaan penglihatan antara individu yang mempunyai 'hyperopia' dan individu normal. Sumber dari https://lookandsee.ca/what-is-hyperopia/.      Kebanyakkann individu yang mempunyai 'hyperopia' boleh melihat objek jauh dengan jelas namun, objek dekat kelihatan kabur. Bagi individu yang mempunyai 'hyperopia' yang tinggi, penglihatan boleh menjadi kabur pada jarak dekat dan jauh.  Dengan 'hyperopia', cahaya tidak jatuh tepat pada retina tetapi jatuh pada belakang retina.  Simptom-simptom 'Hyperopia' Mengalami kesukaran ketika membaca Rasa tegang pada mata Sakit kepala Rawatan-rawatan 'Hyperopia' Cermin mata

Myopia

Image
    'Myopia' ialah keadaan penglihatan di mana orang dapat melihat objek dekat dengan jelas, tetapi objek yang jauh kelihatan kabur. ' Power' kanak-kanak yang mempunyai 'myopia' biasanya akan bertambah apabila usia mereka meningkat dan 'power' mereka biasanya akan stabil ketika berumur 20-an.       Untuk anda melihat dengan jelas, sinaran cahaya mesti melalui lapisan hadapan mata (kornea dan kanta). Kornea dan kanta bekerjasama untuk membengkokkan cahaya untuk jatuh tepat pada retina. Dengan 'myopia', cahaya tidak jatuh tepat pada retina malah,jatuh di hadapan retina. Antara penyebab 'myopia' ialah kornea di hadapan mata terlalu melengkung, atau bebola mata mungkin lebih panjang dari biasa.  Apabila cahaya tidak jatuh tepat pada retina, penglihatan menjadi kabur.  Figura 1: Perbezaan keadaan cahaya dalam mata 'normal vs mata 'myopia. Sumber dari https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/8579-myopia-nearsightedness. Simptom-si

Thyroid Eye Disease

Image
    Tiroid ialah kalenjar di bahagian leher anda yang menghasilkan hormon yang membantu mengawal metabolisme manusia. Penyakit mata tiroid atau 'Thyroid eye disease (TED)' ialah keadaan autoimun yang berlaku apabila kalenjar tiroid tidak berfungsi dengan baik. Kebanyakkan orang yang menghidapi penyakit TED mempunyai kalenjar tiroid yang menghasilkan terlalu banyak hormon dan keadaan ini dinamakan hipertiroidisme.       Dengan TED, sistem imun menyerang otot dan tisu di sekeliling mata dan menyebabkan  keradangan pada bahagian orbit mata. TED ialah penyebab paling biasa yang mengakibatkan proptosis (mata terbonjol keluar) pada satu mata atau kedua-dua mata pada orang dewasa.  Figura 1: Gambar di sebelah kiri ialah contoh keadaaan mata pesakit yang menghidapi penyakit TED. Sumber dari https://wcosmeticsurgery.com/before-and-after/thyroid-eye-disease/. Tanda-tanda dan Simptom-simptom TED Rasa mata berpasir dan kering Mata nampak terbonjol ke depan Sensitif terhadap cahaya Rasa sak

Rabun

Image
    Rabun merujuk kepada sebarang keadaan yang mengakibatkan imej objek yang dilihat tidak tertumpu dengan tepat pada retina.  Rabun ini termasuk 'hyperopia', 'myopia' dan astigmatisme.  Kanta cermin mata ialah alat paling biasa digunakan untuk membetulkan rabun. Kanta cermin mata boleh berbentuk cembung (convex ) untuk membetulkan 'hyperopia' dan boleh berbentuk cekung (concave) untuk membetulkan 'myopia'. Selain itu, terdapat kanta 'cylinder' untuk membetulkan astigmatisme atau rabun silau.     'Hyperopia' merujuk kepada keadaan apabila imej objek yang dilihat jatuh di belakang retina. Hal ini mengakibatkan objek yang dilihat menjadi kabur. 'Myopia' terjadi apabila imej objek yang dilihat jatuh di hadapan retina. Astigmatisme pula terjadi apabila imej objek yang dilihat jatuh pada tempat yang berbeza.  Figura 1: Kedudukan cahaya jatuh pada dalam keadaan rabun. Sumber dari https://www.allaboutvision.com/conditions/ametropia/.  

Myasthenia Gravis

Image
      Myasthenia Gravis (MG) ialah penyakit neuromuskular kronik yang mengakibatkan otot menjadi lemah. Penyakit ini boleh menjejaskan otot badan terutamanya otot yang mengawal mata, mulut, tekak dan anggota badan yang lain. Penyakit Myasthenia Gravis terjadi disebabkan kesilapan dalam cara isyarat saraf yang dihantar ke otot. Penyakit ini boleh menyerang sesiapa sahaja pada sebarang umur, tetapi ia lebih kerap berlaku pada wanita muda (berumur 20 dan 30 tahun) lelaki yang berumur 50 dan ke atas.     Penyakit MG boleh mengakibatkan kesukaran untuk menelan dan bernafas. Punca MG tidak diketahui dan tiada penawar, tetapi pengesanan awal dan rawatan segera boleh membantu pesakit hidup lebih lama. MG tidak diwarisi dan ia tidak berjangkit. Ia biasanya berlaku apabila antibodi menyerang reseptor normal saraf pada otot. Simptom-simptom Myasthenia Gravis Masalah penglihatan termasuk 'ptosis' dan melihat satu objek menjadi dua (double vision). Kelemahan dan keletihan otot mungkin menin

Computer Vision Syndrome

Image
      'Computer vision syndrome' atau sindrom penglihatan komputer ialah masalah berkaitan mata dan penglihatan yang berpunca dari penggunaan komputer, tablet dan telefon bimbit yang berpanjangan. Ramai individu mengalami ketidakselesaan pada mata dan penglihatan apabila melihat skrin digital dalam tempoh yang lama.  Menurut Harefuah et al. (2021), sebanyak 90% daripada pengguna komputer yang menghabiskan masa lebih dari 3 jam sehari menghadapi masalah CVS ini. Tahap ketidakselesaan biasanya meningkat dengan jumlah penggunaan skrin digital. Figura 1: Individu yang menghidapi 'Computer Vision Syndrome'. Sumber dari https://www.aoa.org/healthy-eyes/eye-and-vision-conditions/computer-vision-syndrome?sso=y. Penyebab 'Computer Vision Syndrome'     Melihat komputer atau skrin digital sering menjadikan otot mata bekerja dengan lebih keras. Akibatnya, terdapat penggunaan visual yang tinggi untuk skrin komputer dan skrin digital menyebabkan ramai individu mengalami gejal

Konjunktivitis

Image
    Konjunktivitis ialah keradangan yang berlaku pada konjunktiva (bahagian mata putih) disebabkan jangkitan atau alahan (alergik). Mata akan merah dan bengkak, dan kadang-kadang terdapat lelehan yang melekit. Anda boleh mengalami konjunktivitis pada satu mata atau kedua-dua mata dan konjunktivitis juga boleh merebak kepada orang lain. Penyebab-penyebab Konjunktivitis     Konjunktivitis boleh disebabkan oleh virus , bakteria atau alahan (alergik) . Konjunktivitis bakteria dan virus mudah merebak dari individu ke individu. Konjunktivitis alahan (alergik) pula tidak berjangkit.  Konjunktivitis yang paling biasa yang mejangkiti manusia ialah konjunktivitis virus. Konjunktivitis jenis ini menyebabkan mata berasa pedih dengan ada lelehan berair. Konjunktivitis ini biasanya disebabkan jenis virus yang sama yang menyebabkan hidung berair dan sakit tekak. Figura 1: Mata pesakit yang dijangkiti konjunktivitis virus. Sumber dari https://www.allaboutvision.com/conditions/conjunctivitis.htm.