Thyroid Eye Disease
Tiroid ialah kalenjar di bahagian leher anda yang menghasilkan hormon yang membantu mengawal metabolisme manusia. Penyakit mata tiroid atau 'Thyroid eye disease (TED)' ialah keadaan autoimun yang berlaku apabila kalenjar tiroid tidak berfungsi dengan baik. Kebanyakkan orang yang menghidapi penyakit TED mempunyai kalenjar tiroid yang menghasilkan terlalu banyak hormon dan keadaan ini dinamakan hipertiroidisme. Dengan TED, sistem imun menyerang otot dan tisu di sekeliling mata dan menyebabkan keradangan pada bahagian orbit mata. TED ialah penyebab paling biasa yang mengakibatkan proptosis (mata terbonjol keluar) pada satu mata atau kedua-dua mata pada orang dewasa. Figura 1: Gambar di sebelah kiri ialah contoh keadaaan mata pesakit yang menghidapi penyakit TED. Sumber dari https://wcosmeticsurgery.com/before-and-after/thyroid-eye-disease/. Tanda-tanda dan Simptom-simptom TED Rasa mata berpasir dan kering Mata nampak terbonjol ke depan Sensitif terhadap cahaya Rasa sak