Posts

Pendarahan pada Depan Mata / Hyphema

Image
    Hyphema adalah keadaan apabila terdapat darah terkumpul di dalam bahagian depan mata. Ini berlaku di kawasan antara kornea dan 'iris' (bahagian mata yang bewarna). Darah mungkin meliputi sebahagian atau seluruh bahagian 'iris' dan anak mata.  Hyphema biasanya berlaku apabila terdapat kecederaan yang menyebabkan luka pada 'iris'.       Sesetengah individu salah anggap salur darah yang pecah pada mata putih sebagai hyphema. Salur darah yang pecah pada putih itu tidak berbahaya dan ia dipanggil pendarahan 'subconjuctival'. Pendarahan 'subconjuctival' tidak menyebabkan rasa sakit. Walaubagaimanapun, hyphema biasanya akan menyebabkan rasa sakit dan perlulah dirawat dengan betul kerana ia boleh menyebabkan masalah penglihatan kekal. Figura 1: Gambar pesakit yang mempunyai hyphema. Sumber dari https://decisionmakerplus.net/dg-post/h21-03-hyphema-of-iris-and-ciliary-body/ Figura 2: Keadaan mata pesakit yang mempunyai pendarahan 'subconjunctival&#

Anisometropia

Image
    Apa Itu Anisometropia ?          Anisometropia ialah satu keadaan apabila terdapat banyak perbezaan 'power' lebih dari 1 D antara kedua mata kanan dan kiri.  Anisometropia terjadi akibat satu mata mempunyai bentuk kornea atau kanta yang berbeza (refractive)  yang berbeza daripada mata yang satu lagi. Anisometropia juga boleh terjadi disebabkan perbezaan panjang bola mata (axial) antara kedua mata. Kedua-dua faktor ini menyebabkan rabun silau (astigmatisme) dan rabun jauh yang tidak sama. Berikut ialah contoh anisometropia:                Mata Kanan: -6.50/-2.00x180                Mata Kiri: -1.00 Figura 1: Contoh imej yang terbentuk akibat Anisometropia. Terdapat perbezaan saiz imej yang ketara antara mata kanan dan mata kiri yang menyebabkan individu yang mempunyai Anisometropia tidak selesa. Apakan Kesan Akibat Anisometropia ?     Anisometropia ialah salah satu punca utama yang menyebabkan mata malas atau 'amblyopia. Satu pertiga daripada kes 'amblyopia' iala

ARMD - Age-related Macular Degeneration

Image
     ARMD ialah penyakit yang boleh mengaburkan penglihatan tengah anda. Ia berlaku akibat penuaan yang menyebabkan kerosakan pada makula yang mengawal penglihatan yang jelas. ARMD tidak menyebabkan buta sepenuhnya, tetapi kehilangan penglihatan bahagian tengah akan menyukarkan pesakit mengecam muka, membaca dan memandu. ARMD ialah salah satu punca utama hilang penglihatan yang tidak boleh dipulihkan dalam kalangan golongan yang berusia 50 tahun dan ke atas. Figura 1: Fundus pesakit yang mempunyai 'Dry ARMD'. Sumber dari https://www.msdmanuals.com/professional/eye-disorders/retinal-disorders/age-related-macular-degeneration-amd-or-armd       ARMD menyebabkan kehilangan penglihatan bahagian tengah. Pesakit yang mempunyai ARMD tidak boleh melihat penglihatan 'detail', sama ada melihat pada jarak jauh dan dekat. Namun, penglihatan bahagian tepi pesakit masih normal. Terdapat 2 jenis ARMD iaitu 'dry ARMD' dan 'wet ARMD'. Orang Berisiko untuk Mempunyai ARMD U

Juling / Tropia

Image
     Mata yang normal adalah apabila kedua-dua mata dapat bekerjasama untuk memberi anda penglihatan yang jelas dan satu. Ini dikenali sebagai penglihatan binokular dan ini amat penting dalam penglihatan 3 dimensi. Penglihatan 3 dimensi ini penting untuk meanggar jarak sesuatu objek seperti ketika kita berjalan . Terdapat 6 otot mata yang bekerja bersama-sama untuk mengawal pergerakan mata.   Juling atau ' s trabismus ' atau ' tropia ' ialah istilah yang menggambarkan apabila mata seseorang tidak selari.       Otak akan mengalami masalah untuk menggabungkan pandangan dari kedua mata mengakibatkan penglihatan berganda.  Tahap tropia adalah berbeza bermula dari sudut kecil ke sudut besar. 'Tropia' bersudut besar biasanya senang dikesan. Namun, 'tropia' bersudut kecil pula sukar dikesan dengan mata kasar. Tropia juga terbahagi ke empat jenis mengikut arah iatu ' exotropia ', ' esotropia ', ' hypertropia ' dan ' hypotropia '.

'Photoreceptor' di dalam Retina

Image
      'Photoreceptor' rod dan kon di retina berfungsi dalam proses awal untuk penglihatan. Sel-sel sensitif cahaya ini terletak di bahagian belakang retina berfungsi untuk menangkap cahaya dan menukarkannya kepada isyarat elektrik dalam proses dikenali sebagai fototransduksi. Sel rod sangat sensitif terhadap cahaya dan beroperasi dalam keadaan pengcahayaan yang malap . Sel kon pula berfungsi di bawah keadaan pengcahayaan yang terang dan bertanggungjawab untuk penglihatan warna serta  untuk penglihatan yang 'detail'. Figura 1: Gambaran sel rod dan kon di retina. Sumber dari https://www.webrn-maculardegeneration.com/rods-and-cones.html     Retina normal manusia mempunyai 120 juta sel rod dan 6 juta sel kon. Terdapat 3 jenis kon iaitu: L (Merah) - untuk cahaya gelombang panjang M (Hijau) - untuk cahaya gelombang sederhana S (Biru) - untuk cahaya gelombang pendek      Setiap jenis kon bertindak balas kepada spektrum yang berbeza, membolehkan penglihatan warna. Kekuranga

Katarak

Image
  Apakah Katarak? Di dalam mata kita, terdapat satu kanta semula jadi. Kanta ini akan membengkokkan cahaya yang masuk ke dalam mata untuk kita melihat. Kanta ini sepatutnya berwarna jernih. Jika anda mempunyai katarak, kanta ini akan berwarna keruh. Hal ini mengakibatkan cahaya tidak boleh jatuh betul-betul di atas retina dan ini menyebabkan sukar untuk melihat.  Figura 1: Perbandingan antara mata yang sihat dengan mata yang mempunyai katarak. Sumber: http://rowaneyecenter.com/2018/01/08/everything-there-is-to-know-about-cataract-surgery/ Figura 2: Mata pesakit yang mempunyai katarak. Sumber: https://www.aao.org/eye-health/diseases/what-are-cataracts Apakah Simptom-simptom katarak? l   Penglihatan kabur l   Silau terhadap cahaya terutamanya terhadap lampu kereta pada malam hari l   Warna terang menjadi pudar l   Nampak objek menjadi dua   Apakah Punca-punca katarak?                 Penuaan ialah punca utama apabila protein yang berada di dalam kanta berubah strukturny

Blepharitis

Image
  Apa Itu Blepharitis? Figura 1: Mata pesakit yang dijangkiti blepharitis. Sumber: https://griffintalega.com/blepharitis-vs-pink-eye-how-to-tell-the-difference/     Blepharitis ialah keradangan kelopak mata di mana ia menjadi merah dan gatal. Ia boleh menyebabkan kelimumur berkerak pada bulu mata anda. Blepharitis boleh menyebabkan rasa tidak  selesa tetapi ia tidak berjangkit.      Terdapat 2 jenis blepharitis iaitu 'anterior blepharitis' dan 'posterior blepharitis'. 'Anterior blepharitis memberikan kesan pada bahagian depan kelopak mata. Bulu mata akan melekat pada kelopak mata. Ia biasanya berlaku disebabkan bakteria pada kulit atau kelimumur di kulit kepala atau kening.  'Posterior blepharitis' pula menjejaskan bahagian dalam kelopak mata. Blepharitis jenis ini berlaku apabila kalenjar minyak di kelopak mata anda tersumbat.  Apa Simptom-simptom Blepharitis? Gejala biasa blepharitis ialah: Rasa seperti ada sesuatu di dalam mata Kelopak mata merah dan beng