Posts

Retinal Detachment

Image
'Retinal detachment' ialah masalah mata yang terjadi apabila retina (tisu di belakang mata) tertarik dari posisinya yang normal di belakang mata. Figura 1: Struktur Retina. Sumber: https://www.allaboutvision.com/resources/retina.htm Figura 2: Perbandingan antara retina yang normal dengan retina yang mempunyai 'retinal detachment'. Sumber: https://vivideyecentre.com/en/retinal-detachment/   Simptom-simptom 'Retinal Detachment' Jika sedikit bahagian retina sahaja yang tertanggal, pesakit mungkin tiada simptom. Namun, jika besar bahagian retina yang tertanggal, pesakit mungkin akan menghadapi simptom-simptom secara tiba-tiba seperti yang berikut:- ·         P englihatan tidak sejelas yang biasa ·          Melihat banyak floaters (bintik-bintik hitam kecil yang terapung dalam penglihatan) ·          Melihat ‘Flashes of light’ ·          Melihat bayang-bayang hitam atau seperti langsir di tepi atau

Mata Malas/Amblyopia

Image
       Sebelum ini, kita mengenali struktur-struktur yang terdapat pada mata. Hari ini, saya akan terangkan tentang masalah mata yang selalu terjadi pada kanak-kanak iaitu 'amblyopia' atau nama lain 'lazy eye'.  ‘Amblyopia’ atau mata malas ialah satu jenis masalah penglihatan yang kabur yang selalu terjadi pasa satu mata dan boleh juga berlaku pada kedua-dua mata tetapi jarang.       Mata malas ini berlaku apabila terdapat halangan informasi penglihatan yang dihantar dari mata ke otak semasa tempoh kritikal di peringkat awal usia iaitu dari peringkat bayi hingga 6 tahun. Halangan ini akan mengurangkan rangsangan ke bahagian otak yang memproses fungsi penglihatan. Ini menyebabkan otak tidak dapat menterjemahkan informasi yang diterima, menjadikan imej kelihatan kabur.       Selepas lama dibiarkan, otak akan mengabaikan mata yang mempunyai penglihatan yang kabur dan memilih untuk melihat dengan mata yang mempunyai penglihatan lebih baik. Mata malas juga ialah antara punc