Posts

Mata Malas/Amblyopia

Image
       Sebelum ini, kita mengenali struktur-struktur yang terdapat pada mata. Hari ini, saya akan terangkan tentang masalah mata yang selalu terjadi pada kanak-kanak iaitu 'amblyopia' atau nama lain 'lazy eye'.  ‘Amblyopia’ atau mata malas ialah satu jenis masalah penglihatan yang kabur yang selalu terjadi pasa satu mata dan boleh juga berlaku pada kedua-dua mata tetapi jarang.       Mata malas ini berlaku apabila terdapat halangan informasi penglihatan yang dihantar dari mata ke otak semasa tempoh kritikal di peringkat awal usia iaitu dari peringkat bayi hingga 6 tahun. Halangan ini akan mengurangkan rangsangan ke bahagian otak yang memproses fungsi penglihatan. Ini menyebabkan otak tidak dapat menterjemahkan informasi yang diterima, menjadikan imej kelihatan kabur.       Selepas lama dibiarkan, otak akan mengabaikan mata yang mempunyai penglihatan yang kabur dan memilih untuk melihat dengan mata yang mempunyai penglihatan lebih baik. Mata malas juga ialah antara punc