Posts

Showing posts from January, 2025

Kanta Intraokular 'Dislocate' Atau teralih

Image
    Pembedahan katarak ialah salah satu prosedur pembedahan yang biasa dilakukan untuk menggantikan kanta semula jadi yang keruh yang berada di dalam mata ke kanta intraokular atau IOL.  Semasa proses pembedahan katarak, IOL atau kanta intraokular diletakkan di dalam beg kapsul iaitu struktur seperti karung yang sebelum ni mengandungi kanta semula jadi yang keruh. Dalam sesetengah keadaan, beg kapsul ini boleh pecah dan tidak dapat memegang IOL.      Kanta intraokular teralih ialah komplikasi yang jarang berlaku tetapi ia agak serius di mana kanta intraokular atau IOL tergerak keluar dari kedudukan normal di mata. Peratus kes IOL teralih telah dilaporkan pada kadar 0.2% hingga 3%. Ia mungkin berlaku akibat komplikasi awal atau lewat pembedahan katarak, pembedahan 'vitreoretinal', trauma atau masalah tisu penghubung yang menyebabkan kelemahan pada 'zonular' kanta. Faktor-faktor Risiko Kecederaan pada mata Pembedahan mata Jangkitan mata Simptom-simptom IOL te...