Optik Neuritis

     Optik neuritis berlaku apabila saraf optik meradang dan membengkak. Fungsi saraf optik adalah untuk menghantar signal dari mata ke otak supaya anda dapat melihat imej. Apabila saraf optik meradang, ia tidak dapat menghantar signal ke otak. 


Figura 1: Kedudukan saraf optik. Sumber dari https://my.clevelandclinic.org/health/body/22261-optic-nerve.


    Optik neuritis boleh menjejaskan penglihatan anda dan menyebabkan rasa sakit. Keadaan ini kebiasaannya terjadi pada satu mata namun, ia boleh terjadi pada kedua-dua mata pada masa yang sama. Optik neuritis boleh terjadi pada orang dewasa dan kanak-kanak. Ia paling biasa terjadi pada wanita berumur 20 hingga 40 tahun.


Figura 2: Contoh gambar 'fundus' yang terdapat optik neuritis. Sumber dari https://www.aapos.org/glossary/optic-neuritis.


Simptom-simptom Optik Neuritis

Anda boleh mengalami optik neuritis pada satu atau kedua-dua mata. Simptom mungkin muncul secara tiba-tiba atau bertambah teruk selama beberapa hari. Simptom-simptom optik neuritis ialah:

  • Penglihatan kabur
  • Pandangan malap, seolah-olah seseorang menutup lampu
  • Warna kelihatan kusam dan pudar
  • Sakit di bahagian di belakang mata
  • Sakit apabila menggerakkan mata
Rawatan-rawatan Optik Neuritis

    Sesetengah individu sembuh tanpa sebarang rawatan  untuk optik neuritis. Walau bagaimanapun, ramai yang memerlukan rawatan untuk mengelakkan simptom mereka dari menjadi lebih teruk. Rawatan yang paling biasa dilakukan ialah penggunaan ubat yang dipanggil kortikosteroid yang dipantau oleh doktor. 

    Walau bagaimanapun, bagi individu yang mengalami 'multiple sclerosis' atau keadaan lain, rawatan biasanya tidak mengembalikan penglihatan mereka pada keadaan sebelum mereka mempunyai optik neuritis. Jika anda mempunyai simptom-simptom optik neuritis, anda perlulah berjumpa doktor dengan segera. Rawatan boleh menghalang gejala dari menjadi lebih teruk dan boleh menyelamatkan penglihatan anda. 

    


Comments

Popular posts from this blog

Thyroid Eye Disease

Myopia

Rabun Silau / Astigmatisme