Entropion

Apa Itu 'Entropion'?    

    Fungsi kelopak mata atas dan bawah adalah untuk melindungi mata daripada kerosakan pada mata dan menghalang penyejatan air mata apabila ditutup.  'Entropion' adalah keadaan apabila kedudukan bahagian tepi kelopak mata menjadi ke dalam ke arah mata. 

Figura 1: Keadaan kelopak mata bawah pesakit yang mempunyai 'entropion'. Sumber dari https://www.doctorparpados.com/what-is-entropion/.

    Keadaan ini lebih biasa terjadi dalam kalangan orang dewasa yang lebih tua disebabkan kelemahan otot pada kelopak mata. 'Entropion' boleh menyebabkan 'trichiasis', di mana bulu mata tumbuh ke arah mata dan terkena pada mata. Hal ini menyebabkan kerosakan kornea dan konjunktiva. Parut kornea boleh terjadi disebabkan ini dan penglihatan pesakit boleh terjejas.

Figura 2: Keadaan bulu mata pesakit yang mempunyai 'entropion'. Bulu mata ini tumbuh ke dalam mengenai bahagian kornea dan boleh meyebabkan iritasi. Sumber dari https://link.springer.com/chapter/10.1007/978-3-030-14092-2_11.

Apa Simptom-simptom 'Entropion'?

    Pesakit 'Entropion' selalu mengalami rasa terdapat sesuatu dalam mata, kemerahan dan mata berair. Sindrom mata kering terjadi pada 72.1% pesakit. 

Apa Rawatan-Rawatan Entropion?

  • Ubat titis mata
  • Kanta lekap
  • Pembedahan
    Rawatan-rawatan ini akan ditentukan oleh doktor mata mengikut fakto-faktor terjadinya 'entropion'. Jika anda ada sebarang soalan atau permasalahan, sila ajukan soalan di ruang 'comment' atau boleh datang terus ke Dhiya Optometrist. 

Comments

Popular posts from this blog

Thyroid Eye Disease

Myopia

Rabun Silau / Astigmatisme