Rabun Silau / Astigmatisme

     Astigmatisme atau rabun silau ialah masalah mata yang selalu terjadi yang mengakibatkan penglihatan menjadi kabur. Astigmatisme terjadi disebabkan oleh kornea atau kanta yang mempunyai bentuk yang berbeza daripada bentuk biasa. Kelengkungan kanta di dalam mata boleh berubah dan mengakibatkan peningkatan astigmatisme.

Figura 1: Gambaran bentuk kornea yang meyebabkan astigmatisme. Sumber dari http://www.hertzogfamilyeyecare.com/astigmatism.html.


    Kebiasaannya, kornea dan kanta di bahagian hadapan mata mempunyai bentuk bulat yang sama rata. Hal ini membantu memfokuskan cahaya tepat pada retina supaya boleh melihat dengan jelas. Dengan adanya astigmatisme, cahaya tidak membias dengan betul apabila ia memasuki bahagian depan mata. Penglihatan menjadi kabur pada jarak dekat dan jauh kerana cahaya jatuh sama ada di hadapan atau di belakang retina. Sesetangah individu mungkin mempunyai astigmatisme dengan rabun yang lain seperti
  • 'myopia'
  • 'hyperopia'

Faktor-faktor Astigmatisme

  • Keturunan dan ia selalunya terjadi sejak lahir
  • Berlaku selepas kecederaan pada mata dan pembedahan mata
  • Berlaku disebabkan keratokonus
    
Simptom-simptom Astigmatisme
  • Penglihatan kabur
  • Mata cepat letih
  • Sakit kepala
  • Mengecilkan mata untuk cuba melihat dengan jelas
  • Mengalami masalah penglihatan pada waktu malam
Figura 2: Penglihatan individu yang mempunyai astigmatisme ketika malam. Sumber dari https://www.insightvisioncenter.com/what-does-astigmatism-look-like/.



Rawatan-rawatan Astigmatisme
  • Cermin mata
  • Kanta lekap
  • Ortokeratologi
  • Prosedur 'laser' dan pembedahan refraktif
    Jika anda mempunyai astigmatisme yang sedikit, anda mungkin tidak mengalami sebarang simptom. Oleh itu, pemeriksaan mata secara berkala perlulah dilakukan. Hal ini terutamanya berlaku pada kanak-kanak yang mungkin kurang menyedari bahawa penglihatan mereka tidak normal.  Jika anda ada sebarang soalan atau permasalahan, sila ajukan soalan di ruang 'comment' atau boleh datang terus ke Dhiya Optometrist. 

    

Comments

Popular posts from this blog

Myasthenia Gravis

Thyroid Eye Disease

Konjunktivitis