Rabun Dekat / Presbyopia
'Presbyopia' terjadi apabila mata anda secara beransur-ansur kehilangan keupayaan untuk melihat sesuatu dengan jelas dari dekat. Keadaan ini adalah 'normal' untuk berlaku pada orang yang berumur. Istilah 'presbyopia' berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud mata tua. Individu yang mempunyai 'presbyopia' mungkin akan mendapati bahawa mereka akan menjauhkan jarak bahan bacaan untuk melihat tulisan pada bahan bacaan dengan lebih jelas.
Figura 1: Keadaan individu yang mempunyai presbyopia. Sumber dari https://ebsaar.com/learning-the-difference-between-presbyopia-and-hyperopia/. |
Kanta anda terletak di dalam mata di belakang 'iris' (mata berwarna) anda. Bentuk kanta akan berubah untuk memfokuskan cahaya ke retina supaya anda boleh melihat. Apabila anda masih muda, keadaan kanta yang fleksibel membolehkan untuk mudah merubah bentuk. Hal ini membolehkan mata anda fokus untuk melihat pada jarak jauh dan dekat. Selepas berumur 40 tahun, kanta menjadi tidak begitu fleksibel dan tidak berubah bentuk dengan mudah.
Simptom-simptom Presbyopia
- Susah untuk melihat objek pada jarak dekat.
- Perlu memegang bahan bacaan pada jarak lebih jauh untuk melihat dengan lebih jelas.
- Rasa tegang pada mata.
- Sakit kepala.
Tidak ada cara untuk menghentikan atau membalikkan proses penuaan semula jadi yang menyebabkan 'presbyopia'. Walau bagaimanapun, presbyopia boleh diperbetulkan dengan cermin mata, kanta lekap atau pembedahan. Jika anda tidak membetulkan presbyopia, anda mungkin terganggu dengan sakit kepala dan ketegangan mata.
Rawatan Presbyopia
- Cermin mata membaca
- Cermin mata bifokal
Figura 2: Cermin mata bifokal. Sumber dari https://prairievision.com/what-are-bifocal-glasses-and-how-do-they-work/ |
- Cermin mata multifokal
Figura 3: Cermin Multifokal. Sumber dari https://adelaidecityoptometrist.com.au/are-multifocal-lenses-for-me/. |
- Kanta lekap multifocal
Comments
Post a Comment