Posts

Showing posts from August, 2024

Rabun Dekat / Presbyopia

Image
    ' Presbyopia' terjadi apabila mata anda secara beransur-ansur kehilangan keupayaan untuk melihat sesuatu dengan jelas dari dekat. Keadaan ini adalah 'normal' untuk berlaku pada orang yang berumur. Istilah 'presbyopia' berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud mata tua. Individu yang mempunyai 'presbyopia' mungkin akan mendapati bahawa mereka akan menjauhkan jarak bahan bacaan untuk melihat tulisan pada bahan bacaan dengan lebih jelas.  Figura 1: Keadaan individu yang mempunyai presbyopia. Sumber dari https://ebsaar.com/learning-the-difference-between-presbyopia-and-hyperopia/.     Kanta anda terletak di dalam mata di belakang 'iris' (mata berwarna) anda. Bentuk kanta akan berubah untuk memfokuskan cahaya ke retina supaya anda boleh melihat. Apabila anda masih muda, keadaan kanta yang fleksibel membolehkan untuk mudah merubah bentuk. Hal ini membolehkan mata anda fokus untuk melihat pada jarak jauh dan dekat. Selepas berumur 40 tahun, k

Rabun Silau / Astigmatisme

Image
      Astigmatisme atau rabun silau ialah masalah mata yang selalu terjadi yang mengakibatkan penglihatan menjadi kabur. Astigmatisme terjadi disebabkan oleh kornea atau kanta yang mempunyai bentuk yang berbeza daripada bentuk biasa. Kelengkungan kanta di dalam mata boleh berubah dan mengakibatkan peningkatan astigmatisme. Figura 1: Gambaran bentuk kornea yang meyebabkan astigmatisme. Sumber dari http://www.hertzogfamilyeyecare.com/astigmatism.html.      Kebiasaannya, kornea dan kanta di bahagian hadapan mata mempunyai bentuk bulat yang sama rata. Hal ini membantu memfokuskan cahaya tepat pada retina supaya boleh melihat dengan jelas. Dengan adanya astigmatisme, cahaya tidak membias dengan betul apabila ia memasuki bahagian depan mata. Penglihatan menjadi kabur pada jarak dekat dan jauh kerana cahaya jatuh sama ada di hadapan atau di belakang retina.  Sesetangah individu mungkin mempunyai astigmatisme dengan rabun yang lain seperti 'myopia' 'hyperopia' Faktor-faktor Ast