Hyperopia

     'Hyperopia' ialah rabun yang menyebabkan objek yang dekat kelihatan kabur. 'Hyperopia' berlaku apabila cahaya jatuh di belakang retina dan tidak jatuh tepat di retina dan menyebabkan objek kelihatan kabur. 'Hyperopia' bukanlah terjadi disebabkan penuaan kanta yang menyebabkan 'presbyopia'.

Figura 1: Perbezaaan penglihatan antara individu yang mempunyai 'hyperopia' dan individu normal. Sumber dari https://lookandsee.ca/what-is-hyperopia/.

    Kebanyakkann individu yang mempunyai 'hyperopia' boleh melihat objek jauh dengan jelas namun, objek dekat kelihatan kabur. Bagi individu yang mempunyai 'hyperopia' yang tinggi, penglihatan boleh menjadi kabur pada jarak dekat dan jauh. Dengan 'hyperopia', cahaya tidak jatuh tepat pada retina tetapi jatuh pada belakang retina. 

Simptom-simptom 'Hyperopia'

  • Mengalami kesukaran ketika membaca
  • Rasa tegang pada mata
  • Sakit kepala
Rawatan-rawatan 'Hyperopia'
  • Cermin mata
  • Kanta sentuh
  • Pembedahan refraktif
    Jika anda mempunyai  'hyperopia' yang rendah, anda mungkin tidak mengalami sebarang gejala. Oleh itu, pemeriksaan mata yang kerap amatlah penting untuk dilakukan.  Jika anda ada sebarang soalan atau permasalahan, sila ajukan soalan di ruang 'comment' atau boleh datang terus ke Dhiya Optometrist.

Comments

Popular posts from this blog

Myasthenia Gravis

Thyroid Eye Disease

Konjunktivitis