Myopia
'Myopia' ialah keadaan penglihatan di mana orang dapat melihat objek dekat dengan jelas, tetapi objek yang jauh kelihatan kabur. 'Power' kanak-kanak yang mempunyai 'myopia' biasanya akan bertambah apabila usia mereka meningkat dan 'power' mereka biasanya akan stabil ketika berumur 20-an.
Untuk anda melihat dengan jelas, sinaran cahaya mesti melalui lapisan hadapan mata (kornea dan kanta). Kornea dan kanta bekerjasama untuk membengkokkan cahaya untuk jatuh tepat pada retina. Dengan 'myopia', cahaya tidak jatuh tepat pada retina malah,jatuh di hadapan retina. Antara penyebab 'myopia' ialah kornea di hadapan mata terlalu melengkung, atau bebola mata mungkin lebih panjang dari biasa. Apabila cahaya tidak jatuh tepat pada retina, penglihatan menjadi kabur.
Figura 1: Perbezaan keadaan cahaya dalam mata 'normal vs mata 'myopia. Sumber dari https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/8579-myopia-nearsightedness. |
Simptom-simpton 'Myopia'
- Mata cepat letih
- Sakit mata
- Mengecilkan mata untuk melihat dengan jelas
- Sukar untuk melihat objek jauh seperti papan tanda jalan atau papan putih di sekola
Faktor Risiko 'Myopia'
Jika ibu bapa mempunyai 'myopia', anak mereka berisiko besar untuk mempunyai 'myopia'. 'Myopia' sering terjadi pada kanak-kanak apabila mereka berumur antara 8 hingga 12 tahun. Semasa remaja, apabila membesar, rabun ini mungkin akan bertambah. Di antara umur 20 hingga 40 tahun, rabun ini mungkin akan berubah sedikit.
Terlalu banyak masa dihabiskan di dalam rumah meningkatkan risiko untuk mempunyai 'myopia' untuk kanak-kanak. Hal ini kerana terdapat kajian yang menunjukkan bahawa lebih banyak masa dihabiskan di luar rumah boleh mengurangkan risiko 'myopia'.
Rawatan-rawatan Myopia
- Cermin mata atau kanta lekap
- Pembedahan refraktif
Figura 2: Antara contoh prosedur pembedahan refraktif iaitu LASIK. Sumber dari https://www.vrmny.com/procedures/lasik-eye-surgery/. |
Cara Mencegah dan memperlahankan 'Myopia'
- Menggalakkan kanak-kanak meluangkan lebih banyak masa di luar rumah.
- Memakai kanta orthokeratologi (Ortho-K).
- Penggunaan ubat titis 'atrophine'.
- Cermin 'myopia control'.
Tiada bukti saintifik yang menunjukkan bahawa senaman mata, vitamin atau pil boleh mencegah atau menyembuhkan 'myopia'. Kanak-kanak kecil yang mengalami 'myopia' mungkin tidak mengadu tentang pengihatan mereka yang kabur, jadi pemeriksaan mata adalah amat penting untuk mereka. Sesetengah kanak-kanak dilahirkan mempunyai 'myopia' dan ada yang tidak mempunyai 'myopia' sehingga usia remaja mereka.
Orang yang mempunyai 'myopia' yang tinggi mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat 'retinal detachment'. Ia adalah masalah mata yang serius yang boleh menyebabkan buta. Oleh itu, pemeriksaan mata yang berkala amatlah penting untuk dilakukan. Orang yang mengalami 'myopia' yang tinggi juga mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidap glaukoma, katarak dan penyakit-penyakit mata yang lain.
Comments
Post a Comment