Rabun

    Rabun merujuk kepada sebarang keadaan yang mengakibatkan imej objek yang dilihat tidak tertumpu dengan tepat pada retina. Rabun ini termasuk 'hyperopia', 'myopia' dan astigmatisme. Kanta cermin mata ialah alat paling biasa digunakan untuk membetulkan rabun. Kanta cermin mata boleh berbentuk cembung (convex) untuk membetulkan 'hyperopia' dan boleh berbentuk cekung (concave) untuk membetulkan 'myopia'. Selain itu, terdapat kanta 'cylinder' untuk membetulkan astigmatisme atau rabun silau.

    'Hyperopia' merujuk kepada keadaan apabila imej objek yang dilihat jatuh di belakang retina. Hal ini mengakibatkan objek yang dilihat menjadi kabur. 'Myopia' terjadi apabila imej objek yang dilihat jatuh di hadapan retina. Astigmatisme pula terjadi apabila imej objek yang dilihat jatuh pada tempat yang berbeza. 

Figura 1: Kedudukan cahaya jatuh pada dalam keadaan rabun. Sumber dari https://www.allaboutvision.com/conditions/ametropia/.


    Ramai yang menganggap rabun ini ialah penyakit mata. Namun, rabun bukanlah penyakit mata seperti selaput atau masalah saraf mata. Rabun boleh dibetulkan dengan 'power' cermin mata yang betul.


Comments

Popular posts from this blog

Thyroid Eye Disease

Myopia

Rabun Silau / Astigmatisme