Myasthenia Gravis

     Myasthenia Gravis (MG) ialah penyakit neuromuskular kronik yang mengakibatkan otot menjadi lemah. Penyakit ini boleh menjejaskan otot badan terutamanya otot yang mengawal mata, mulut, tekak dan anggota badan yang lain. Penyakit Myasthenia Gravis terjadi disebabkan kesilapan dalam cara isyarat saraf yang dihantar ke otot. Penyakit ini boleh menyerang sesiapa sahaja pada sebarang umur, tetapi ia lebih kerap berlaku pada wanita muda (berumur 20 dan 30 tahun) lelaki yang berumur 50 dan ke atas.

    Penyakit MG boleh mengakibatkan kesukaran untuk menelan dan bernafas. Punca MG tidak diketahui dan tiada penawar, tetapi pengesanan awal dan rawatan segera boleh membantu pesakit hidup lebih lama. MG tidak diwarisi dan ia tidak berjangkit. Ia biasanya berlaku apabila antibodi menyerang reseptor normal saraf pada otot.

Simptom-simptom Myasthenia Gravis

  • Masalah penglihatan termasuk 'ptosis' dan melihat satu objek menjadi dua (double vision).
  • Kelemahan dan keletihan otot mungkin meningkat dengan cepat selama beberapa hari atau jam dan bertambah teruk apabila otot digunakan.
  • Masalah menelan atau menyebut perkataan.
  • Kelemahan otot badan pada lengan, jari, kaki dan leher.
  • Perubahan dalam ekspresi muka

Figura 1: Keadaan mata pesakit akibat penyakit 'Myasthenia Gravis. Sumber dari https://www.jagranjosh.com/general-knowledge/what-is-myasthenia-gravis-1665146228-1.


Rawatan-rawatan MG

    Tiada rawatan untuk menyembuhkan penyakit MG namun rawatan-rawatan ini selalunya boleh mengawal simptom-simptom MG kerana MG ialah penyakit yang dihidapi sepanjang hidup.  Tujuan rawatan adalah untuk meningkatkan fungsi otot dan mencegah masalah menelan dan penafasan. 
    Antara rawatan MG ialah:
    • Ubat 'anticholinesterase', steroid atau ubat-ubatan untuk menghalang tindak balas sistem imun.
    • Pembedahan
    • 'Plasmapheresis'
    • Immunoglobulin
    Pengesanan awal penyakit ini amat penting supaya keadaan pesakit dapat diuruskan dengan baik. Hal ini boleh membantu banyak pesakit untuk menjalani kehidupan secara normal. Justeru itu, pemeriksaan mata secara berkala adalah penting untuk membantu mengesan simptom-simptom penyakit ini.  Jika anda ada sebarang soalan atau permasalahan, sila ajukan soalan di ruang 'comment' atau boleh datang terus ke Dhiya Optometrist. 

Comments

Popular posts from this blog

Thyroid Eye Disease

Konjunktivitis