Posts

Showing posts from April, 2024

Myasthenia Gravis

Image
      Myasthenia Gravis (MG) ialah penyakit neuromuskular kronik yang mengakibatkan otot menjadi lemah. Penyakit ini boleh menjejaskan otot badan terutamanya otot yang mengawal mata, mulut, tekak dan anggota badan yang lain. Penyakit Myasthenia Gravis terjadi disebabkan kesilapan dalam cara isyarat saraf yang dihantar ke otot. Penyakit ini boleh menyerang sesiapa sahaja pada sebarang umur, tetapi ia lebih kerap berlaku pada wanita muda (berumur 20 dan 30 tahun) lelaki yang berumur 50 dan ke atas.     Penyakit MG boleh mengakibatkan kesukaran untuk menelan dan bernafas. Punca MG tidak diketahui dan tiada penawar, tetapi pengesanan awal dan rawatan segera boleh membantu pesakit hidup lebih lama. MG tidak diwarisi dan ia tidak berjangkit. Ia biasanya berlaku apabila antibodi menyerang reseptor normal saraf pada otot. Simptom-simptom Myasthenia Gravis Masalah penglihatan termasuk 'ptosis' dan melihat satu objek menjadi dua (double vision). Kelemahan dan keletihan otot mungkin menin