Thyroid Eye Disease

    Tiroid ialah kalenjar di bahagian leher anda yang menghasilkan hormon yang membantu mengawal metabolisme manusia. Penyakit mata tiroid atau 'Thyroid eye disease (TED)' ialah keadaan autoimun yang berlaku apabila kalenjar tiroid tidak berfungsi dengan baik. Kebanyakkan orang yang menghidapi penyakit TED mempunyai kalenjar tiroid yang menghasilkan terlalu banyak hormon dan keadaan ini dinamakan hipertiroidisme. 

    Dengan TED, sistem imun menyerang otot dan tisu di sekeliling mata dan menyebabkan keradangan pada bahagian orbit mata. TED ialah penyebab paling biasa yang mengakibatkan proptosis (mata terbonjol keluar) pada satu mata atau kedua-dua mata pada orang dewasa. 

Figura 1: Gambar di sebelah kiri ialah contoh keadaaan mata pesakit yang menghidapi penyakit TED. Sumber dari https://wcosmeticsurgery.com/before-and-after/thyroid-eye-disease/.

Tanda-tanda dan Simptom-simptom TED

  • Rasa mata berpasir dan kering
  • Mata nampak terbonjol ke depan
  • Sensitif terhadap cahaya
  • Rasa sakit pada mata
  • Melihat objek menjadi dua (Diplopia)
  • Penglihatan kabur
  • Kelopak mata bengkak
  • Kelopak mata tidak boleh tertutup sepenuhnya
Faktor-faktor Risiko TED
  • Umur. TED selalunya terjadi pada wanita yang berumur dalam lingkungan 40 hingga 64 tahun dan lelaki yang berumur dalam linkungan 45 hingga 64 tahun.
  • Genetik.
  • Terdapat penyakit sistemik seperti anaemia, SLE (systemic lupus erythematosus) dan 'rheumatoid artritis
  • 'Stress' boleh menyebabkan TED yang sedia ada bertambah buruk.
Rawatan-rawatan TED

Rawatan-rawatan tidak boleh menyembuhkan penyakit TED ini, namun boleh mengurangkan simptom-simptom TED ini.
  • Penggunaan cermin 'prism'. Untuk masalah 'diplopia', penggunaan cermin 'prism' boleh disarankan kepada pesakit.
  • Pengambilan ubat NSAID dapat mengurangkan rasa sakit yang dialami pesakit.
  • Pengambilan steroid sistemik boleh mengurangkan radang pada bahagian mata.
  • Pembedahan. Pembedahan dilakukan untuk membantu otot mata berfungsi dengan baik dan melegakan tekanan pada saraf optik.
    Jika anda ada sebarang soalan atau permasalahan, sila ajukan soalan di ruang 'comment' atau boleh datang terus ke Dhiya Optometrist.

Comments

Popular posts from this blog

Myasthenia Gravis

Konjunktivitis