Computer Vision Syndrome
'Computer vision syndrome' atau sindrom penglihatan komputer ialah masalah berkaitan mata dan penglihatan yang berpunca dari penggunaan komputer, tablet dan telefon bimbit yang berpanjangan. Ramai individu mengalami ketidakselesaan pada mata dan penglihatan apabila melihat skrin digital dalam tempoh yang lama. Menurut Harefuah et al. (2021), sebanyak 90% daripada pengguna komputer yang menghabiskan masa lebih dari 3 jam sehari menghadapi masalah CVS ini. Tahap ketidakselesaan biasanya meningkat dengan jumlah penggunaan skrin digital.
Figura 1: Individu yang menghidapi 'Computer Vision Syndrome'. Sumber dari https://www.aoa.org/healthy-eyes/eye-and-vision-conditions/computer-vision-syndrome?sso=y. |
Penyebab 'Computer Vision Syndrome'
Melihat komputer atau skrin digital sering menjadikan otot mata bekerja dengan lebih keras. Akibatnya, terdapat penggunaan visual yang tinggi untuk skrin komputer dan skrin digital menyebabkan ramai individu mengalami gejala masalah penglihatan. Masalah rabun yang tidak dirawat boleh meningkatkan tahap sindrom penglihatan komputer atau keletihan mata. Melihat komputer atau skrin digital adalah berbeza daripada membaca halaman bercetak. Kontras huruf dengan latar belakang biasanya kurang pada skrin komputer atau peranti bimbit. Silau dan pantulan pada skrin boleh mengganggu tontonan.
Jarak pandangan dan sudut yang digunakan untuk skrin komputer dan lain-lain berbeza dari yang biasa digunakan untuk membaca atau menulis lain. Sistem visual akan terbeban akibat penggunaan jarak dan sudut yang tidak betul. Di samping itu, masalah penglihatan yang tidak dirawat boleh menjadi faktor penyumbang utama kepada keletihan mata yang berkaitan komputer. Sesetengah orang menyengetkan pada sudut yang tidak betul atau membongkok ke arah skrin untuk melihat dengan jelas kerana tidak mempunyai cermin mata yang direka untuk melihat komputer. Postur ini boleh mengakibatkan kekejangan otot, sakit di leher, bahu atau belakang.
Simptom-simptom CVS
- Rasa tegang pada mata
- Sakit kepala
- Penglihatan kabur
- Rasa kering atau berasa pedih pada mata
- Sakit leher, bahu atau bahagian belakang badan
Figura 2: Simptom-simptom CVS. Sumber dari https://anmoleyeclinic.in/computer-vision-syndrome-2/. |
- Bahagian atas monitor hendaklah pada atau hanya di bawah paras mata. Skrin yang lebih tinggi boleh menyebabkan ketegangan pada leher dan otot. Secara optimumnya, skrin komputer hendaklah 15 hingga ke 20 darjah di bawah paras mata (kira-kira 4 atau 5 inci) seperti yang diukur dari tengah skrin dan 20 hingga 28 inci dari mata.
- Kedudukan tempat duduk yang betul juga dapat menangani masalah CVS. Ketinggian kerusi hendaklah dilaraskan supaya kaki dapat diletakkan di atas lantai dengan rata.
- Pencahayaan yang cukup adalah amat penting ketika menggunakan komputer dan kontras skrin komputer hendaklah ditingkatkan. Elakkan meletakkan skrin komputer pada kedudukan yang menyebabkan silau ketika anda melihat skrin teutamanya kedudukan menghadap tingkap secara terus atau lampu yang terlalu terang.
- 20-20-20 'rule' - Individu yang bekerja dalam tempoh yang lama menghadap skrin komputer haruslah mengambil masa berehat sekejap untuk mengurangkan simptom-simptom CVS. Selepas 20 minit menghadap skrin komputer, seseorang individu harus mengalihkan pandangan dari skrin selama kira-kira 20 saat dan melihat objek yang jauh yang terletak kira-kira 20 kaki.
- Senaman regangan juga boleh memberikan kelegaan kepada otot badan yang tegang dan letih.
Comments
Post a Comment