Retinoblastoma

Apa Itu Retinoblastoma?    

    Retinoblastoma ialah kanser mata yang biasa yang dihidapi kanak-kanak. Ia bermula di retina dan berlaku apabila sel-sel saraf dalam retina berubah, membesar dalam saiz dan bilangan. Sel-sel akhirnya menjadi tumor dan biasanya merebak di dalam dan di sekeliling mata. Retinoblastoma selalu terjadi pada kanak-kanak yang berumur kurang dari 4 tahun. 60 peratus kes berlaku pada salah satu mata dan 40 peratus kes berlaku pada kedua-dua mata. Dalam kes yang jarang berlaku, retinoblastoma boleh menyebabkan kesakitan dan radang pada mata. Ini lebih kerap berlaku apabila tumor telah merebak ke bahagian depan mata. Retinoblastoma boleh tersebar melalui saraf optik ke bahagian badan lain seperti otak, tulang, hati dan organ-organ lain. 

    

Figura 1: Gambar fundus pesakit yang mempunyai retinoblastoma. Sumber dari https://www.researchgate.net/figure/Ocular-fundus-aspect-of-retinoblastoma_fig2_6854640.


Tanda-tanda Retinoblastoma

Antara tanda utama retinoblastoma ialah leukokoria iatu refleks putih dalam mata. Pesakit retinoblastoma juga menunjukkan tanda-tanda yang lain seperti: 

  • juling atau 'tropia'
  • mata menjadi merah
  • mata bengkak
  • penglihatan terganggu
Figura 2: Leukokoria yang terdapat pada mata kiri pesakit apabila disuluh lampu atau terdapat 'flash' dari kamera. Sumber dari https://www.pulsetoday.co.uk/clinical-feature/clinical-areas/cancer/how-to-spot-zebras-retinoblastoma/.


Rawatan-rawatan Retinoblastoma

Retinoblastoma dirawat bergantung pada tumor dan sama ada pada kawasan tumor itu merebak. Tujuan rawatan adalah untuk menyelamatkan penglihatan.

  • Kimoterapi dan radioterapi
  • Terapi laser
  • Pembedahan
    Pengesanan awal retinoblastoma amat penting kerana ia boleh memaksimumkan prognosis penglihatan pesakit dan kadar kelangsungan hidup. Justeru itu, pemeriksaan mata penuh secara berkala perlulah dilakukan untuk mengesan awal retinoblastoma supaya rawatan boleh dilakukan segera. Jika anda ada sebarang soalan atau permasalahan, sila ajukan soalan di ruang 'comment' atau boleh datang terus ke Dhiya Optometrist. 

Comments

Popular posts from this blog

Myasthenia Gravis

Thyroid Eye Disease

Konjunktivitis