Konjunktivitis

    Konjunktivitis ialah keradangan yang berlaku pada konjunktiva (bahagian mata putih) disebabkan jangkitan atau alahan (alergik). Mata akan merah dan bengkak, dan kadang-kadang terdapat lelehan yang melekit. Anda boleh mengalami konjunktivitis pada satu mata atau kedua-dua mata dan konjunktivitis juga boleh merebak kepada orang lain.

Penyebab-penyebab Konjunktivitis

    Konjunktivitis boleh disebabkan oleh virus, bakteria atau alahan (alergik). Konjunktivitis bakteria dan virus mudah merebak dari individu ke individu. Konjunktivitis alahan (alergik) pula tidak berjangkit. Konjunktivitis yang paling biasa yang mejangkiti manusia ialah konjunktivitis virus. Konjunktivitis jenis ini menyebabkan mata berasa pedih dengan ada lelehan berair. Konjunktivitis ini biasanya disebabkan jenis virus yang sama yang menyebabkan hidung berair dan sakit tekak.


Figura 1: Mata pesakit yang dijangkiti konjunktivitis virus. Sumber dari https://www.allaboutvision.com/conditions/conjunctivitis.htm.


    Konjunktivitis bakteria juga mudah berjangkit. Jangkitan bakteria boleh menyebabkan mata sakit, merah dan terdapat lelehan melekit di mata. Konjunktivis alergik terjadi akibat tindak balas alahan terhadap debunga, haiwan, asap rokok, klorin air kolam, asap kereta dan lain-lain. Konjunktivitis alergik tidak berjangkit, namun konjunktivitis ini juga boleh menyebabkan mata berasa sangat gatal, berair, merah dan bengkak.

Figura 2: Gambar mata pesakit yang dijangkiti konjunktivitis bakteria. Sumber dari https://www.myeyespecialist.com.au/conjunctivitis. 



Konjunktivitis virus dan bakteria boleh berjangkit melalui:
  • Sentuhan terus dengan cecair badan orang yang dijangkiti, biasanya melalui sentuhan tangan ke mata
  • Penyebaran jangkitan daripada bekteria yang hidup dalam hidung dan sinus orang itu sendiri.
  • Tidak membersihkan kanta sentuh dengan betul. Menggunakan kanta sentuh yang tidak sesuai juga boleh menyebabkan jangkitan.
Simptom-simptom Konjunktivitis
  • Berasa ada sesuatu di dalam mata atau rasa berpasir pada mata
  • Mata merah dan pedih
  • Berasa gatal pada mata
  • Sakit pada mata (biasanya disebabkan konjunktivitis bakteria)
  • Mata berair dan kelopak mata kelihatan bengkak
  • Penglihatan kabur
  • Mata sensitif terhadap cahaya
  • Terdapat lendir atau lelehan kuning pada mata
      Untuk rawatan konjunktivitis, kebiasaannya ubat titis mata yang mengandungi antibiotik diberikan kepada pesakit. Namun, jika konjunktivitis masih berlarutan lebih dari seminggu, pesakit perlulah berjumpa doktor sekali lagi. Pemeriksaan perlulah dilakukan untuk melihat jika mata pesakit mempunyai 'pseudomemrane conjunctivitis' yang mengurangkan keberkesanan ubat. Jika anda ada sebarang soalan atau permasalahan, sila ajukan soalan di ruang 'comment' atau boleh datang terus ke Dhiya Optometrist.


    


Comments

Popular posts from this blog

Thyroid Eye Disease

Myopia

Rabun Silau / Astigmatisme