Posts

Showing posts from January, 2024

Retinoblastoma

Image
Apa Itu Retinoblastoma?          Retinoblastoma ialah kanser mata yang biasa yang dihidapi kanak-kanak. Ia bermula di retina dan berlaku apabila sel-sel saraf dalam retina berubah, membesar dalam saiz dan bilangan. Sel-sel akhirnya menjadi tumor dan biasanya merebak di dalam dan di sekeliling mata. Retinoblastoma  selalu terjadi pada kanak-kanak yang berumur kurang dari 4 tahun. 60 peratus kes berlaku pada salah satu mata dan 40 peratus kes berlaku pada kedua-dua mata. Dalam kes yang jarang berlaku, retinoblastoma boleh menyebabkan kesakitan dan radang pada mata. Ini lebih kerap berlaku apabila tumor telah merebak ke bahagian depan mata. Retinoblastoma boleh tersebar melalui saraf optik ke bahagian badan lain seperti otak, tulang, hati dan organ-organ lain.       Figura 1: Gambar fundus pesakit yang mempunyai retinoblastoma. Sumber dari https://www.researchgate.net/figure/Ocular-fundus-aspect-of-retinoblastoma_fig2_6854640. Tanda-tanda Retinoblastoma Antara tanda utama retinoblastoma i

Ocular Toxoplasmosis

Image
    'Ocular Toxoplasmosis' ialah satu penyakit yang disebabkan oleh jangkitan parasit iaitu Toxoplasmosis gondii. Apabila sahaja parasit ini masuk ke retina, parasit ini akan membiak. Jika 'ocular toxoplasmosis' ini dibiarkan tanpa rawatan, pesakit boleh hilang penglihatan. Terdapat banyak komplikasi akibat 'ocular toxoplasmosis' seperti 'retinal detachment' dan glaukoma.  Jangkitan Toxoplasmosis pada mata selalunya menyebabkan keradangan dan seterusnya menjadi parut di bahagian retina.  Figura 1: Gambar retina pesakit yang mempunyai 'Ocular Toxoplasmosis' yang masih aktif. Sumber dari https://www.eophtha.com/posts/ocular-toxoplasmosis Individu yang berisiko untuk mempunyai Toxoplasmosis      Kebanyakan individu yang dijangkiti toxoplasmosis adalah akibat dari memakan daging yang mentah dan sayur-sayuran yang mentah atau yang tidak dimasak secukupnya. Selain itu, Toxoplasmosis juga boleh dijangkiti darpada sentuhan kotak pasir najis haiwan peliha