Pendarahan pada Depan Mata / Hyphema


    Hyphema adalah keadaan apabila terdapat darah terkumpul di dalam bahagian depan mata. Ini berlaku di kawasan antara kornea dan 'iris' (bahagian mata yang bewarna). Darah mungkin meliputi sebahagian atau seluruh bahagian 'iris' dan anak mata. Hyphema biasanya berlaku apabila terdapat kecederaan yang menyebabkan luka pada 'iris'. 

    Sesetengah individu salah anggap salur darah yang pecah pada mata putih sebagai hyphema. Salur darah yang pecah pada putih itu tidak berbahaya dan ia dipanggil pendarahan 'subconjuctival'. Pendarahan 'subconjuctival' tidak menyebabkan rasa sakit. Walaubagaimanapun, hyphema biasanya akan menyebabkan rasa sakit dan perlulah dirawat dengan betul kerana ia boleh menyebabkan masalah penglihatan kekal.

Figura 1: Gambar pesakit yang mempunyai hyphema. Sumber dari https://decisionmakerplus.net/dg-post/h21-03-hyphema-of-iris-and-ciliary-body/

Figura 2: Keadaan mata pesakit yang mempunyai pendarahan 'subconjunctival'. Sumber dari https://myvision.org/eye-conditions/hyphema-treatment/ 


Tanda-tanda Hyphema

  • pendarahan di hadapan mata
  • sensitif terhadap cahaya
  • sakit pada mata (jika disebabkan kecederaan)
  • penglihatan kabur atau terhalang
Punca-punca Hyphema

Hyphema biasanya terjadi disebabkan kecederaan pada mata akibat kemalangan. Namun, hyphema juga boleh disebabkan perkara-perkara lain termasuk:
  • terdapat salur yang tidak normal pada permukaan 'iris'
  • jangkitan mata yang disebabkan virus herpes
  • pembedahan mata
  • menghidapi penyakit sistemik seperti diabetes dan penyakit 'sickle cell'
Rawatan Hyphema
  • Kepala ditinggikan ketika tidur
  • Memakai pelindung mata
  • Ubat
  • Pembedahan
    Kebanyakan hyphema yang berlaku adalah disebabkan kecederaan sukan. Hyphema dilihat biasa terjadi pada lelaki berumur dari 10 hingga 20 tahun dan biasanya berlaku akibat kecedaraan dari sukan. Kecederaan ketika sukan terutamanya yang melibatkan bola kecil seperti tennis dan besbol boleh menyebabkan masalah mata yang serius. Selain hyphema, kecederaan ini boleh menyebabkan katarak, 'retina detachment' dan glaukoma yang boleh menyebabkan buta. Oleh itu, pemakaian cermin mata adalah amat penting ketika bersukan. Jika anda ada sebarang soalan atau permasalahan, sila ajukan soalan di ruang 'comment' atau boleh datang terus ke Dhiya Optometrist. 

Comments

Popular posts from this blog

Thyroid Eye Disease

Myopia

Rabun Silau / Astigmatisme