Ocular Toxoplasmosis
'Ocular Toxoplasmosis' ialah satu penyakit yang disebabkan oleh jangkitan parasit iaitu Toxoplasmosis gondii. Apabila sahaja parasit ini masuk ke retina, parasit ini akan membiak. Jika 'ocular toxoplasmosis' ini dibiarkan tanpa rawatan, pesakit boleh hilang penglihatan. Terdapat banyak komplikasi akibat 'ocular toxoplasmosis' seperti 'retinal detachment' dan glaukoma. Jangkitan Toxoplasmosis pada mata selalunya menyebabkan keradangan dan seterusnya menjadi parut di bahagian retina.
Figura 1: Gambar retina pesakit yang mempunyai 'Ocular Toxoplasmosis' yang masih aktif. Sumber dari https://www.eophtha.com/posts/ocular-toxoplasmosis |
Kebanyakan individu yang dijangkiti toxoplasmosis adalah akibat dari memakan daging yang mentah dan sayur-sayuran yang mentah atau yang tidak dimasak secukupnya. Selain itu, Toxoplasmosis juga boleh dijangkiti darpada sentuhan kotak pasir najis haiwan peliharaan seperti kucing yang dijangkiti toxoplasmosis. Namun, memiliki kucing tidak bermakna anda akan dijangkiti Toxoplasmosis.
Toxoplasmosis amat berbahaya kepada ibu mengandung kerana Toxoplasmosis ini boleh dijangkiti oleh bayi semasa lahir (kongenital) kesan daripada ibu yang dijangkiti toxoplasmosis kepada janinnya. Transmisi intrauterin terjadi pada kira-kira 1/3 kehamilan wanita yang dijangkiti. Dalam kalangan kanak-kanak yang mempunyai toxoplasmosis ketika lahir, katarak boleh terjadi akibat jangkitan pada mata yang boleh menyebabkan mata malas atau 'amblyopia'.
- 'Floaters' (bintik-bintik putih atau hitam yang terapung)
- Penglihatan kabur
- Sakit pada mata dan terdapat kemerahan
Cara-cara Pencegahan Toxoplasmosis
- Elakkan memberi daging mentah seperti ayam mentah kepada kucing peliharaan.
- Jangan biarkan lama najis kucing anda yang berada dalam kotak najis. Kerap buang najis kucing anda sambil memakai sarung tangan.
- Sentiasa mencuci tangan selepas membersihkan kotak pasir kucing anda.
- Makan buah-buah dan sayur-sayuran yang dicuci dengan bersih.
Akhir kata, jika tidak dirawat, jangkitan Toxoplasmosi boleh menjejaskan organ-organ lain selain mata seperti paru-paru dan saraf. Jika anda ada sebarang soalan atau permasalahan, sila ajukan soalan di ruang 'comment' atau boleh datang terus ke Dhiya Optometrist.
Comments
Post a Comment