Pendarahan pada Depan Mata / Hyphema
Hyphema adalah keadaan apabila terdapat darah terkumpul di dalam bahagian depan mata. Ini berlaku di kawasan antara kornea dan 'iris' (bahagian mata yang bewarna). Darah mungkin meliputi sebahagian atau seluruh bahagian 'iris' dan anak mata. Hyphema biasanya berlaku apabila terdapat kecederaan yang menyebabkan luka pada 'iris'. Sesetengah individu salah anggap salur darah yang pecah pada mata putih sebagai hyphema. Salur darah yang pecah pada putih itu tidak berbahaya dan ia dipanggil pendarahan 'subconjuctival'. Pendarahan 'subconjuctival' tidak menyebabkan rasa sakit. Walaubagaimanapun, hyphema biasanya akan menyebabkan rasa sakit dan perlulah dirawat dengan betul kerana ia boleh menyebabkan masalah penglihatan kekal. Figura 1: Gambar pesakit yang mempunyai hyphema. Sumber dari https://decisionmakerplus.net/dg-post/h21-03-hyphema-of-iris-and-ciliary-body/ Figura 2: Keadaan mata pesakit yang mempunyai pendarahan 'subconjunctival