Anisometropia

  Apa Itu Anisometropia?

        Anisometropia ialah satu keadaan apabila terdapat banyak perbezaan 'power' lebih dari 1 D antara kedua mata kanan dan kiri. Anisometropia terjadi akibat satu mata mempunyai bentuk kornea atau kanta yang berbeza (refractive) yang berbeza daripada mata yang satu lagi. Anisometropia juga boleh terjadi disebabkan perbezaan panjang bola mata (axial) antara kedua mata. Kedua-dua faktor ini menyebabkan rabun silau (astigmatisme) dan rabun jauh yang tidak sama. Berikut ialah contoh anisometropia:

            Mata Kanan: -6.50/-2.00x180

            Mata Kiri: -1.00

Figura 1: Contoh imej yang terbentuk akibat Anisometropia. Terdapat perbezaan saiz imej yang ketara antara mata kanan dan mata kiri yang menyebabkan individu yang mempunyai Anisometropia tidak selesa.

Apakan Kesan Akibat Anisometropia?

    Anisometropia ialah salah satu punca utama yang menyebabkan mata malas atau 'amblyopia. Satu pertiga daripada kes 'amblyopia' ialah disebabkan 'anisometropia'. 'Amblyopia' atau mata malas boleh terjadi apabila terdapat anisometropia lebih 1.50D yang disebabkan 'hyperopia', 2.00D disebabkan rabun silau (astigmatisme) dan 3.00D disebabkan 'myopia'. 

Apakah Rawatan Untuk Anisometropia?

  • Cermin mata
  • Kanta lengkap
  • Pembedahan seperti LASIK

    Pengesanan dan rawatan awal untuk keadaan ini penting untuk mengoptimumkan perkembangan visual dan fungsi binokular kanak-kanak. Anisometropia yang tidak dirawat boleh menyebabkan mata malas atau 'amblyopia'. Jika anda ada sebarang soalan atau permasalahan, sila ajukan soalan di ruang 'comment' atau boleh datang terus ke Dhiya Optometrist.



Comments

Popular posts from this blog

Myasthenia Gravis

Thyroid Eye Disease

Konjunktivitis