Posts

Showing posts from October, 2023

ARMD - Age-related Macular Degeneration

Image
     ARMD ialah penyakit yang boleh mengaburkan penglihatan tengah anda. Ia berlaku akibat penuaan yang menyebabkan kerosakan pada makula yang mengawal penglihatan yang jelas. ARMD tidak menyebabkan buta sepenuhnya, tetapi kehilangan penglihatan bahagian tengah akan menyukarkan pesakit mengecam muka, membaca dan memandu. ARMD ialah salah satu punca utama hilang penglihatan yang tidak boleh dipulihkan dalam kalangan golongan yang berusia 50 tahun dan ke atas. Figura 1: Fundus pesakit yang mempunyai 'Dry ARMD'. Sumber dari https://www.msdmanuals.com/professional/eye-disorders/retinal-disorders/age-related-macular-degeneration-amd-or-armd       ARMD menyebabkan kehilangan penglihatan bahagian tengah. Pesakit yang mempunyai ARMD tidak boleh melihat penglihatan 'detail', sama ada melihat pada jarak jauh dan dekat. Namun, penglihatan bahagian tepi pesakit masih normal. Terdapat 2 jenis ARMD iaitu 'dry ARMD' dan 'wet ARMD'. Orang Berisiko untuk Mempunyai ARMD U