ARMD - Age-related Macular Degeneration

    ARMD ialah penyakit yang boleh mengaburkan penglihatan tengah anda. Ia berlaku akibat penuaan yang menyebabkan kerosakan pada makula yang mengawal penglihatan yang jelas. ARMD tidak menyebabkan buta sepenuhnya, tetapi kehilangan penglihatan bahagian tengah akan menyukarkan pesakit mengecam muka, membaca dan memandu. ARMD ialah salah satu punca utama hilang penglihatan yang tidak boleh dipulihkan dalam kalangan golongan yang berusia 50 tahun dan ke atas.

Figura 1: Fundus pesakit yang mempunyai 'Dry ARMD'. Sumber dari https://www.msdmanuals.com/professional/eye-disorders/retinal-disorders/age-related-macular-degeneration-amd-or-armd

 

    ARMD menyebabkan kehilangan penglihatan bahagian tengah. Pesakit yang mempunyai ARMD tidak boleh melihat penglihatan 'detail', sama ada melihat pada jarak jauh dan dekat. Namun, penglihatan bahagian tepi pesakit masih normal. Terdapat 2 jenis ARMD iaitu 'dry ARMD' dan 'wet ARMD'.

Orang Berisiko untuk Mempunyai ARMD

  • Umur: Risiko ARMD meningkat dengan usia. Risiko meningkat lebih daripada 3 kali ganda pada pesakit yang berumur lebih daripada 75 tahun berbanding kumpulan pesakit yang berumur antara 65-74 tahun. 
  • Merokok: Rokok tembakau dikaitkan dengan peningkatan degenerasi makula.
  • Genetik
  • Penyakit-penyakit lain seperti penyakit kardiovaskular, obesiti dan darah tinggi.
  • Pengambilan ubat seperti 'chloroquin'
Simptom-simptom ARMD
  • 'Dry ARMD' pada peringkat awal tidak menunjukkan simptom-simptom yang ketara.
  • 'Dry ARMD' pada peringkat pertengahan, sesetengah orang masih tidak mempunyai simptom. Namun, ada juga mengalami simptom seperti kabur pada penglihatan bahagian tengah atau melihat objek dan keadaan cahaya malap.
  • ARMD pada peringkat kritikal, simptom yang dialami adalah  melihat objek yang lurus menjadi bengkok. Selain itu, terdapat kawasan kabur di bahagian tengah penglihatan. Lama-kelamaan, kawasan kabur ini akan menjadi lebih besar. Warna juga akan kelihatan kurang terang. 
Figura 2: Penglihatan yang normal VS penglihatan pesakit ARMD. Sumber dari https://opivision.com/how-macular-degeneration-armd-affects-vision/


Rawatan-rawatan ARMD

Rawatan-rawatan ini dilakukan untuk menghalang daripada penglihatan bertambah teruk akibat ARMD
  • Suntikan anti-VEGF
  • Laser
    Kesimpulannya, pemeriksaan mata secara berkala perlulah dilakukan supaya individu yang menghidap ARMD boleh mendapatkan rawatan awal sebelum penglihatan mereka bertambah teruk. Jika anda ada sebarang soalan atau permasalahan, sila ajukan soalan di ruang 'comment' atau boleh datang terus ke Dhiya Optometrist.

Comments

Popular posts from this blog

Myasthenia Gravis

Thyroid Eye Disease

Konjunktivitis