Posts

Showing posts from September, 2023

Juling / Tropia

Image
     Mata yang normal adalah apabila kedua-dua mata dapat bekerjasama untuk memberi anda penglihatan yang jelas dan satu. Ini dikenali sebagai penglihatan binokular dan ini amat penting dalam penglihatan 3 dimensi. Penglihatan 3 dimensi ini penting untuk meanggar jarak sesuatu objek seperti ketika kita berjalan . Terdapat 6 otot mata yang bekerja bersama-sama untuk mengawal pergerakan mata.   Juling atau ' s trabismus ' atau ' tropia ' ialah istilah yang menggambarkan apabila mata seseorang tidak selari.       Otak akan mengalami masalah untuk menggabungkan pandangan dari kedua mata mengakibatkan penglihatan berganda.  Tahap tropia adalah berbeza bermula dari sudut kecil ke sudut besar. 'Tropia' bersudut besar biasanya senang dikesan. Namun, 'tropia' bersudut kecil pula sukar dikesan dengan mata kasar. Tropia juga terbahagi ke empat jenis mengikut arah iatu ' exotropia ', ' esotropia ', ' hypertropia ' dan ' hypotropia '.

'Photoreceptor' di dalam Retina

Image
      'Photoreceptor' rod dan kon di retina berfungsi dalam proses awal untuk penglihatan. Sel-sel sensitif cahaya ini terletak di bahagian belakang retina berfungsi untuk menangkap cahaya dan menukarkannya kepada isyarat elektrik dalam proses dikenali sebagai fototransduksi. Sel rod sangat sensitif terhadap cahaya dan beroperasi dalam keadaan pengcahayaan yang malap . Sel kon pula berfungsi di bawah keadaan pengcahayaan yang terang dan bertanggungjawab untuk penglihatan warna serta  untuk penglihatan yang 'detail'. Figura 1: Gambaran sel rod dan kon di retina. Sumber dari https://www.webrn-maculardegeneration.com/rods-and-cones.html     Retina normal manusia mempunyai 120 juta sel rod dan 6 juta sel kon. Terdapat 3 jenis kon iaitu: L (Merah) - untuk cahaya gelombang panjang M (Hijau) - untuk cahaya gelombang sederhana S (Biru) - untuk cahaya gelombang pendek      Setiap jenis kon bertindak balas kepada spektrum yang berbeza, membolehkan penglihatan warna. Kekuranga