Juling / Tropia

   Mata yang normal adalah apabila kedua-dua mata dapat bekerjasama untuk memberi anda penglihatan yang jelas dan satu. Ini dikenali sebagai penglihatan binokular dan ini amat penting dalam penglihatan 3 dimensi. Penglihatan 3 dimensi ini penting untuk meanggar jarak sesuatu objek seperti ketika kita berjalan . Terdapat 6 otot mata yang bekerja bersama-sama untuk mengawal pergerakan mata.  Juling atau 'strabismus' atau 'tropia' ialah istilah yang menggambarkan apabila mata seseorang tidak selari. 

    Otak akan mengalami masalah untuk menggabungkan pandangan dari kedua mata mengakibatkan penglihatan berganda.  Tahap tropia adalah berbeza bermula dari sudut kecil ke sudut besar. 'Tropia' bersudut besar biasanya senang dikesan. Namun, 'tropia' bersudut kecil pula sukar dikesan dengan mata kasar. Tropia juga terbahagi ke empat jenis mengikut arah iatu 'exotropia', 'esotropia', 'hypertropia' dan 'hypotropia'.

Figura 1: Keadaan kanak-kanak yang mempunyai 'Exotropia' pada mata kanan. Sumber: https://aapos.org/glossary/exotropia

 Jenis-jenis Tropia

  • Intermittent - kadang-kadang berlaku
  • Constant - sentiasa berlaku
Sebab-sebab Tropia
  • Masalah rabun yang tidak dirawat
  • Kelemahan pada otot mata
  • Kerosakan pada saraf kranial
Orang yang Berisiko untuk Mempunyai 'Tropia'
  • Masalah neurologi
  • Kelahiran pramatang
  • Penyalahgunaan alkohol semasa kehamilan
  • Rabun yang tidak dirawat dengan cermin mata
Simptom-simptom Exotropia
  • Mengecilkan satu mata apabila berada di bawah cahaya matahari yang terang (silau terhadap cahaya terang)
  • Suka menggosok sebelah mata
  • Nampak imej objek menjadi dua
  • Kerap sakit kepala
Rawatan Tropia
    
    Rawatan dilakukan  mengikut punca-punca terjadinya tropia.
  • Cermin mata 
  • Prism
  • Terapi
  • Pembedahan - dilakukan sekiranya tropia bersudut sangat besar

Figura 2: Contoh 'prism' yang digunakan untuk membantu induvidu yang mempunyai 'tropia'. Sumber: https://www.reviewofoptometry.com/article/perfecting-prism



Figura 3: Terapi 'brock string' untuk merawat masalah 'tropia'. Sumber: https://www.seevividly.com/info/Lazy_Eye_Treatments/Eye_Exercises/Brock_String

    'Tropia' haruslah dirawat segera kerana ia boleh menjejaskan rutin harian terutama untuk kanak-kanak. Hal ini boleh menjejaskan pembelajaran mereka dan keyakinan diri mereka. Jika anda perasan anak anda atau ahli keluarga anda mengalami masalah ini, sila ajukan soalan di ruang 'comment' atau boleh datang terus ke Dhiya Optometrist.


Comments

Popular posts from this blog

Thyroid Eye Disease

Myopia

Rabun Silau / Astigmatisme