Retinopati Pramatang

Apa Itu Retinopati Pramatang?

    Retinopati pramatang atau 'Retinopathy of Prematurity (ROP)' ialah penyakit mata yang boleh berlaku pada bayi pramatang atau yang beratnya kurang daripada 3 paun atau 1500g semasa lahir. ROP berlaku apabila salur darah yang tidak normal tumbuh di retina.
 
Figura 1: Retina yang mempunyai Retinopati Pramatang. Sumber: https://drdigvijaysingh.com/eye-diseases/pediatric-ophthalmology/retinopathy-of-prematurity/

Apa yang menyebabkan ROP?

    Kebiasaannya, salur darah retina mula berkembang pada bulan keempat kehamilan dan selesai berkembang pada bulan kesembilah kehamilan. Jika bayi dilahirkan awal, salur darah ini mungkin berhenti berkembang secara normal. Retina kemudiannya membuat salur darah baru yang tidak normal.

    Salur darah yang tidak normal ini boleh tumbuh ke arah yang salah di retina. Jika ia membesar terlalu jauh ke arah yang salah, ia boleh menyebabkan retina tertanggal. 
Peringkat-peringkat ROP

Terdapat 5 peringkat-peringkat ROP dari peringkat pertama (tidak teruk) hingga peringkat kelima (teruk):

  • Peringkat pertama dan kedua: Bayi dalam peringkat ini biasanya sembuh tanpa rawatan dan mempunyai penglihatan yang baik. Doktor akan memantau bayi dengan teliti untuk melihat sama ada ROP mereka menjadi lebih teruk atau tidak.
  • Peringkat ketiga: Sesetengah bayi yang mengalami peringkat ketiga sembuh tanpa rawatan dan mempunyai penglihatan yang baik. Tetapi ada juga bayi memerlukan rawatan untuk menghalang salur darah yang tidak normal daripada merosakkan retina.
  • Peringkat keempat: Bayi di peringkat keempat mempunyai sebahagian retina yang tertanggal (Retinal Detachment) dan rawatan perlulah dibuat.
  • Peringkat kelima: Pada peringkat kelima, retina tertanggal sepenuhnya. Bayi di peringkat kelima mungkin kehilangan penglihatan walaupun dengan rawatan.
    Keadaan bayi di mana-mana peringkat mungkin akan menjadi teruk dengan lebih cepat dan rawatan perlulah dilakukan dengan segera. Justeru itu, ibu bapa mestilah memastikan bayi mereka menjalani pemeriksaan berkala mengikut tarikh yang ditetapkan supaya penyakit ini dapat dikesan dengan awal. Jika anak anda mempunyai ROP semasa mereka kecil, anda perlulah memastikan anak anda menjalani pemeriksaan berkala. Rawatan ROP yang awal ialah cara yang terbaik untuk mengelakkan masalah menjadi lebih serius.

    Bayi yang mempunyai ROP juga lebih berkemungkinan mempunyai masalah mata yang lain apabila semakin meningkat usia termasuk:
  • Rabun
  • Mata malas

Apakah Rawatan ROP?
  • Rawatan Laser: Bayi yang mempunyai ROP yang sudah lanjut mungkin memerlukan rawatan laser pada bahagian tepi retina. Rawatan ini boleh mengelakkan ROP daripada menjadi lebih teruk dan membantu melindungi penglihatan.
  • Suntikan: Doktor akan menyuntik ubat yang dipanggil anti-VEGF ke dalam mata bayi.
  • Pembedahan mata.


Comments

Popular posts from this blog

Thyroid Eye Disease

Myopia

Rabun Silau / Astigmatisme