'Photoreceptor' di dalam Retina
'Photoreceptor' rod dan kon di retina berfungsi dalam proses awal untuk penglihatan. Sel-sel sensitif cahaya ini terletak di bahagian belakang retina berfungsi untuk menangkap cahaya dan menukarkannya kepada isyarat elektrik dalam proses dikenali sebagai fototransduksi. Sel rod sangat sensitif terhadap cahaya dan beroperasi dalam keadaan pengcahayaan yang malap. Sel kon pula berfungsi di bawah keadaan pengcahayaan yang terang dan bertanggungjawab untuk penglihatan warna serta untuk penglihatan yang 'detail'.
Figura 1: Gambaran sel rod dan kon di retina. Sumber dari https://www.webrn-maculardegeneration.com/rods-and-cones.html |
Retina normal manusia mempunyai 120 juta sel rod dan 6 juta sel kon. Terdapat 3 jenis kon iaitu:
- L (Merah) - untuk cahaya gelombang panjang
- M (Hijau) - untuk cahaya gelombang sederhana
- S (Biru) - untuk cahaya gelombang pendek
Setiap jenis kon bertindak balas kepada spektrum yang berbeza, membolehkan penglihatan warna. Kekurangan kon-kon ni akan menyebabkan rabun warna. Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang rabun warna, sila komen atau datang terus ke Dhiya Optometrist.
Comments
Post a Comment