Jenis Rabun Warna

    

  • Monokromat ialah rabun warna sepenuhnya yang terjadi apabila tiada atau mempunyai satu jenis reseptor kon yang berfungsi. Jika anda mempunyai buta warna sepenuhnya, anda tidak akan dapat melihat warna sama sekali namun, ia agak jarang berlaku. 
  • Dikromat berlaku apabila 2 jenis reseptor kon sahaja yang berfungsi. Individu dikromat biasanya tidak dapat membezakan antara merah dan hijau.
  • Trikromat ialah penglihatan yang normal apabila ketiga-tiga reseptor kon berfungsi dengan baik.

  • Protanopia ialah rabun warna merah yang berlaku apabila reseptor kon merah tiada. Pesakit hanya mempunyai reseptor kon yang menyerap cahaya biru dan hijau.
  • Deutranopia ialah rabun warna hijau yang terjadi apabila kekurangan reseptor kon hijau tetapi kon biru dan merah berfungsi dengan baik.
  • Tritanopia ialah rabun warna biru yang berlaku apabila reseptor kon biru tiada.
Figura 1: Beza antara protanopia, deutranopia, tritanopia dan monokromat. Sumber: https://www.healthdirect.gov.au/colour-blindness



  • Protanomali ialah kekurangan sensitiviti kepada warna merah akibat ketidaknormalan reseptor kon merah. 
  • Deutranomali ialah kekurangan senstiviti kepada warna hijau akibat ketidaknormalan reseptor kon hijau.
  • Tritanomali ialah kekurangan sensitiviti kepada warna biru akibat ketidaknormalan  reseptor kon biru.

Rabun Warna Merah-Hijau

    Rabun warna merah-hijau ialah rabun warna yang paling biasanya ada dan ia menyebabkan sukar untuk membezakan warna merah dan hijau

    Terdapat 4 jenis rabun warna merah-hijau:

  • Deutronamali ialah jenis rabun warna yang biasanya ada. Ia menjadikan warna hijau kelihatan lebih merah. Rabun warna ini biasanya tidak menghalang aktiviti biasa pesakit. 
  • Protanomali pula menjadikan merah kelihatan lebih hijau.
  • Protanopia dan deutranopia menyebabkan pesakit tidak dapat membezakan antara merah dan hijau sama sekali.
Rabun Warna Biru-Kuning

    Rabun warna ini menyebabkan kesukaran untuk membezakan antara biru dan hijau, dan antara kuning dan merah.

    Terdapat 2 jenis rabun warna biru-kuning:
  • Tritanomali menyebabkan kesukaran untuk membezakan antara biru dan hijau, dan antara kuning dan merah.
  • Tritanopia menyebabkan pesakit tidak dapat membezakan antara biru dan hijau, ungu dan merah, serta kuning dan merah jambu.

Comments

Popular posts from this blog

Myasthenia Gravis

Thyroid Eye Disease

Konjunktivitis