Blepharitis

 Apa Itu Blepharitis?

Figura 1: Mata pesakit yang dijangkiti blepharitis. Sumber: https://griffintalega.com/blepharitis-vs-pink-eye-how-to-tell-the-difference/

    Blepharitis ialah keradangan kelopak mata di mana ia menjadi merah dan gatal. Ia boleh menyebabkan kelimumur berkerak pada bulu mata anda. Blepharitis boleh menyebabkan rasa tidak selesa tetapi ia tidak berjangkit. 

    Terdapat 2 jenis blepharitis iaitu 'anterior blepharitis' dan 'posterior blepharitis'. 'Anterior blepharitis memberikan kesan pada bahagian depan kelopak mata. Bulu mata akan melekat pada kelopak mata. Ia biasanya berlaku disebabkan bakteria pada kulit atau kelimumur di kulit kepala atau kening. 'Posterior blepharitis' pula menjejaskan bahagian dalam kelopak mata. Blepharitis jenis ini berlaku apabila kalenjar minyak di kelopak mata anda tersumbat. 

Apa Simptom-simptom Blepharitis?

Gejala biasa blepharitis ialah:

  • Rasa seperti ada sesuatu di dalam mata
  • Kelopak mata merah dan bengkak
  • Rasa pedih
  • Mata berair
  • Rasa gatal pada mata
  • Sensitif kepada cahaya
Blepharitis juga boleh menyebabkan masalah-masalah serius seperti:
  • Penglihatan kabur
  • Bulu mata gugur
  • Bulu mata tumbuh ke arah yang salah
Golongan yang Berisiko Mempunyai Blepharitis?

Anda berisiko lebih tinggi untuk mendapat blepharitis jika anda mempunyai:
  • Kelimumur
  • Rosacea
  • Allergik
Apakah Rawatan Blepharitis?

    Langkah utama untuk merawat blepharitis adalah dengan memastikan kelopak mata anda bersih. Gunakan air dan syampu bayi untuk membersihkan kelopak mata anda setiap hari. Terdapat juga rawatan-rawatan lain untuk merawat blepharitis. Antaranya:
  • Ubat titis mata
  • Ubat untuk melawan jangkitan
  • Merawat masalah lain yang menyebabkan blepharitis seperti 
Figura 2: L 


    Blepharitis biasanya tidak akan sembuh sepenuhnya. Rutin membersihkan kelopak mata perlu dilakukan selalu untuk mengawal blepharitis.  Jika anda ada sebarang soalan atau permasalahan, sila ajukan soalan di ruang 'comment' atau boleh datang terus ke Dhiya Optometrist.

Comments

Popular posts from this blog

Thyroid Eye Disease

Myopia

Rabun Silau / Astigmatisme