Posts

Showing posts from July, 2023

Blepharitis

Image
  Apa Itu Blepharitis? Figura 1: Mata pesakit yang dijangkiti blepharitis. Sumber: https://griffintalega.com/blepharitis-vs-pink-eye-how-to-tell-the-difference/     Blepharitis ialah keradangan kelopak mata di mana ia menjadi merah dan gatal. Ia boleh menyebabkan kelimumur berkerak pada bulu mata anda. Blepharitis boleh menyebabkan rasa tidak  selesa tetapi ia tidak berjangkit.      Terdapat 2 jenis blepharitis iaitu 'anterior blepharitis' dan 'posterior blepharitis'. 'Anterior blepharitis memberikan kesan pada bahagian depan kelopak mata. Bulu mata akan melekat pada kelopak mata. Ia biasanya berlaku disebabkan bakteria pada kulit atau kelimumur di kulit kepala atau kening.  'Posterior blepharitis' pula menjejaskan bahagian dalam kelopak mata. Blepharitis jenis ini berlaku apabila kalenjar minyak di kelopak mata anda tersumbat.  Apa Simptom-simptom Blepharitis? Gejala biasa blepharitis ialah: Rasa seperti ada sesuatu di dalam mata Kelopak mata merah dan beng

Jenis Rabun Warna

Image
     Monokromat ialah rabun warna sepenuhnya yang terjadi apabila tiada atau mempunyai satu jenis reseptor kon yang berfungsi. Jika anda mempunyai buta warna sepenuhnya, anda tidak akan dapat melihat warna sama sekali namun, ia agak jarang berlaku.  Dikromat berlaku apabila 2 jenis reseptor kon sahaja yang berfungsi. Individu dikromat biasanya tidak dapat membezakan antara merah dan hijau . Trikromat ialah penglihatan yang normal apabila ketiga-tiga reseptor kon berfungsi dengan baik. Protanopia ialah rabun warna merah yang berlaku apabila reseptor kon merah tiada. Pesakit hanya mempunyai reseptor kon yang menyerap cahaya biru dan hijau . Deutranopia ialah rabun warna hijau yang terjadi apabila kekurangan reseptor kon hijau tetapi kon biru dan merah berfungsi dengan baik. Tritanopia ialah rabun warna biru yang berlaku apabila reseptor kon biru tiada. Figura 1: Beza antara protanopia, deutranopia, tritanopia dan monokromat. Sumber: https://www.healthdirect.gov.au/colour-blindne

Diabetik Retinopati

Image
Apa Itu  Diabetik  Retinopati?                 Maksud retinopati ialah kerosakan pada retina. Maksud diabetik  retinopati ialah kerosakan yang berlaku pada retina akibat kencing manis yang tidak terkawal. Penyakit ini boleh menyebabkan penglihatan menjadi semakin teruk dan boleh buta apabila ia tidak dirawat. Berdasarkan 'National Eye Survey' di Malaysia, penyakit diabetik retinopati ini menjadi punca buta dalam 10.4% warga tua Malaysia. Namun, masalah buta kesan dari diabetik retinopati boleh dicegah jika penyakit ini dapat dikesan awal. Figura 1: Retina yang normal VS Retina yang mempunyai diabetik retinopati. Sumber: https://neoretina.com/blog/diabetic-retinopathy-can-it-be-reversed/ Figura 2: 'Fundus' yang mempunyai diabetik retinopati. Sumber: https://www.endocrineweb.com/conditions/diabetes/diabetic-retinopathy Simptom-simptom diabetik  retinopati  Penglihatan semakin kabur Hilang penglihatan secara tiba-tiba Nampak ‘floaters’ Bagaimana berlaku  diabetik  retino

Retinopati Pramatang

Image
Apa Itu Retinopati Pramatang?     Retinopati pramatang atau 'Retinopathy of Prematurity (ROP)' ialah penyakit mata yang boleh berlaku pada bayi pramatang atau yang beratnya kurang daripada 3 paun atau 1500g semasa lahir. ROP berlaku apabila salur darah yang tidak normal tumbuh di retina.   Figura 1: Retina yang mempunyai Retinopati Pramatang. Sumber: https://drdigvijaysingh.com/eye-diseases/pediatric-ophthalmology/retinopathy-of-prematurity/ Apa yang menyebabkan ROP?     Kebiasaannya, salur darah retina mula berkembang pada bulan keempat kehamilan dan selesai berkembang pada bulan kesembilah kehamilan. Jika bayi dilahirkan awal, salur darah ini mungkin berhenti berkembang secara normal. Retina kemudiannya membuat salur darah baru yang tidak normal.     Salur darah yang tidak normal ini boleh tumbuh ke arah yang salah di retina. Jika ia membesar terlalu jauh ke arah yang salah, ia boleh menyebabkan retina tertanggal.  Peringkat-peringkat ROP Terdapat 5 peringkat-peringkat ROP da