Keratokonus
Keratokonus ialah satu penyakit yang memberi kesan kepada kornea dan boleh menyebabkan kehilangan penglihatan. Keratokonus terjadi apabila terdapat penipisan kornea dan permukaan kornea yang tidak sama. Kornea menipis dan menjadi bentuk kon. Keratokonus biasanya menjejaskan kedua-dua mata, dengan sebelah mata lebih teruk daripada yang sebelahnya.
Figura 1: Keratokonus. Sumber: https://www.aoa.org/healthy-eyes/eye-and-vision-conditions/keratoconus?sso=y |
Faktor Keratokonus
Perkara berikut boleh meningkatkan risiko untuk mempunyai keratokonus:
- Genetik. Pesakit yang mempunyai ahli keluarga yang mempunyai keratokonus atau penyakit tertentu, seperti 'Down Syndrome', mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat keratokonus.
- Keradangan mata kronik. Keradangan berterusan terhadap alahan boleh menyumbang kepada kerosakan tisu kornea yang boleh mengakibatkan keratokonus
- Menggosok mata. Kerap menggosok mata dikaitkan dengan perkembangan keratokonus.
Simptom-simptom Keratokonus
Simptom paling awal ialah kabur sedikit penglihatan atau penglihatan semakin teruk.
Simptom-simptom lain keratokonus ialah:
- Silau ketika melihat lampu
- Kesukaran melihat pada waktu malam
- Sensitif terhadap cahaya terang
Rawatan Keratokonus
Rawatan Keratokonus tertumpu peringkat penyakit.
Rawatan keratokonus pada peringkat awal ialah preskripsi cermin mata untuk merawat rabun dan rabun silau. Apabila keratokonus bertambah teruk, cermin mata tidak mampu lagi untuk memberikan penglihatan yang jelas. Oleh itu, pesakit harus memakai kanta sentuh.
Pada peringkat pertengahan, keratokonus boleh dirawat dengan prosedur 'corneal collagen cross-linking'. Prosedur ini melibatkan penggunaan larutan vitamin B pada mata, yang kemudian diaktifkan dengan cahaya UV dalam masa 30 minit. Hal ini akan menyebabkan ikatan kolagen baru terbentuk, seterusnya memulihkan kekuatan dan bentuk kornea. Walaupun rawatan ini tidak dapat menjadikan kornea kembali normal sepenuhnya, namun ia boleh menghalang penglihatan daripada menjadi lebih teruk.
Pada peringkat akhir keratokonus, rawatan cincin kornea dan pemindahan kornea diperlukan untuk merawat keratokonus. Apabila penyakit keratokonus semakin teruk, pemakaian kanta sentuh biasa akan menjadi sangat tidak selesa untuk pesakit keratokonus. Oleh itu, pemakaian 'Intacs' akan disarankan kepada pesakit. 'Intacts' ialah satu plastik berbentuk C yang ditanam pada kornea pesakit untuk meratakan permukaan kornea. Prosedur mengambil masa kira-kira 15 minit.
Figura 2: Intacs pada kornea pesakit keratokonus. Sumber: https://www.reviewofophthalmology.com/article/examining-the-cross-linkingintacs-link |
Selain itu, permindahan kornea juga dilakukan untuk merawat pesakit keratokonus pada peringkat akhir. Dalan pemindahan kornea, kornea pesakit yang rosak digantikan dengan kornea penderma. Pemindahan kornea mengambil masa kira-kira 1 jam.
Comments
Post a Comment