Posts

Showing posts from June, 2023

Keratokonus

Image
     Keratokonus ialah satu penyakit yang memberi kesan kepada kornea dan boleh menyebabkan kehilangan penglihatan. Keratokonus terjadi apabila terdapat penipisan kornea dan permukaan kornea yang tidak sama. Kornea menipis dan menjadi bentuk kon. Keratokonus biasanya menjejaskan kedua-dua mata, dengan sebelah mata lebih teruk daripada yang sebelahnya. Figura 1: Keratokonus. Sumber: https://www.aoa.org/healthy-eyes/eye-and-vision-conditions/keratoconus?sso=y Faktor Keratokonus Perkara berikut boleh meningkatkan risiko untuk mempunyai keratokonus: Genetik. Pesakit yang mempunyai ahli keluarga yang mempunyai keratokonus atau penyakit tertentu, seperti 'Down Syndrome', mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat keratokonus. Keradangan mata kronik. Keradangan berterusan terhadap alahan boleh menyumbang kepada kerosakan tisu kornea yang boleh mengakibatkan keratokonus Menggosok mata. Kerap menggosok mata  dikaitkan dengan perkembangan keratokonus. Simptom-simptom Keratokonus S