Ptosis

    Ptosis terjadi apabila kedudukan kelopak mata atas jatuh ke bawah. Kelopak mungkin jatuh sedikit atau banyak sehingga menutupi anak mata (titik hitam di tengah mata anda yang membenarkan cahaya masuk). Ptosis boleh mengehadkan atau menyekat sepenuhnya penglihatan normal. 

Figura 1: Ptosis yang terjadi pada mata kiri pesakit. Sumber: https://www.reviewofophthalmology.com/article/how-to-spot-dangerous-ptosisthe-sequel 


    Levator Palpebrae Superiosi (LPS) dan otot Muller ialah dua otot yang berfungi untuk kenaikan kelopak mata atas. LPS ialah otot paling utama digunakan untuk menaikkan kelopak mata atas. Dalam kes ptosis, margin kelopak mata atas menutupi lebih daripada 2 mm kornea, membuatkan bukaan kelopak kelihatan kecil. 
Figura 2: Antara otot-otot mata. Sumber: https://www.ncbi.nlm.nih.gov/books/NBK549919/figure/article-43127.image.f3/?report=objectonly

    
    Di antara semua kes ptosis, ptosis kongenital ialah jenis ptosis yang paling biasa terjadi kepada lelaki. Ptosis kongenital boleh menjejaskan penglihatan dan menyebabkan ambliopia (mata malas) apabila tidak dirawat. Namun, sesetengah individu boleh juga mempunyai ptosis ketika dewasa akibat:
  • kecederaan atau regangan pada otot atau ligamen otot mata
  • kerosakan atau halangan pada saraf yang mengawal otot kelopak mata - contoh: Sindrom Horner, penyakit Myasthenia Gravis
  • penuaan
  • komplikasi pembedahan mata
  • komplikasi suntikan Botox
  • ketumbuhan pada kelopak mata

Rawatan Ptosis

    Rawatan ptosis bergantung kepada etiologi, tahap ptosis dan fungsi otot levator. Dalam ptosis mekanikal, pembuangan struktur abnormal seperti 'chalazion' perlu dilakukan. Sekiranya ptosis terjadi disebabkan penyakit-penyakit sistematik seperti Myasthenia Gravis, rawatan perlu dilakukan untuk merawat penyakit-penyakit ini. Walau bagaimanapun, pembedahan ialah rawatan utama untuk ptosis. Apabila rawatan-rawatan lain selain pembedahan tidak dapat merawat ptosis, pembedahan perlulah dilakukan. 

Comments

Popular posts from this blog

Myasthenia Gravis

Thyroid Eye Disease

Konjunktivitis