Posts

Showing posts from May, 2023

Struktur Mata

Image
       Mata ialah ciptaan Allah yang sungguh menakjubkan. Kita harus bersyukur kerana mempunyai mata yang sihat. Nikmat sepasang mata yang sihat ialah sesuatu yang tidak dapat diukur dengan harta dan wang. Pernah anda bandingkan gambar yang anda tangkap menggunakan kamera dengan apa yang dilihat dengan mata anda?       Secanggih mana pun kamera-kamera yang dicipta oleh manusia, namun ia tidak dapat menandingi mata yang kita miliki. Kita dikurniakan mata sebagai organ penglihatan oleh Allah untuk melihat kekuasaan dan kehebatan Allah S.W.T.  Namun, pelbagai penyakit boleh timbul yang boleh menjejaskan kesihatan mata. Sebelum kita kenal penyakit-penyakit ini, jom kita lihat struktur-struktur pada mata dahulu. Struktur mata Figura 1: Struktur mata. Sumber: https://www.nei.nih.gov/learn-about-eye-health/healthy-vision/how-eyes-work Secara anggaran, 'power' mata kita ialah  60 D  ketika berada dalam keadaan relaks.  1.

Glaukoma

Image
     Glaukoma ialah penyakit mata yang mengakibatkan kerosakan pada saraf optik yang merupakan laluan membawa signal dari mata ke otak. Penyakit ini terjadi apabila terdapat pengumpulan cecair di dalam mata yang berlebihan dan ini meningkatkan tekanan di dalam mata. Glaukoma ini boleh menyebabkan kebutaan yang kekal sekiranya dibiarkan tanpa dirawat. Figura 2 : Mata yang normal VS Glaukoma. Sumber: https://www.neoeyeclinic.com/terms/glaucoma-it-s-signs-and-treatment/5524 Golongan yang Berisiko untuk Mendapat Glaukoma Mempunyai ahli keluarga yang mempunyai glaukoma Tekanan dalam bola mata yang melebihi normal Mempunyai masalah kesihatan seperti kencing manis dan darah tinggi Menggunakan ubat mengandungi steroid secara berterusan Golongan yang berusia    Glaukoma juga digelar  ‘silent thief of sight’ kerana ramai orang tidak perasan yang mereka mempunyai glaukoma sehinggalah mereka melakukan pemeriksaan mata atau penyakit glaukoma sudah masuk ke tahap ‘advanced’. Simptom-simptom Glau

Ptosis

Image
    Ptosis terjadi apabila kedudukan kelopak mata atas jatuh ke bawah. Kelopak mungkin jatuh sedikit atau banyak sehingga menutupi anak mata (titik hitam di tengah mata anda yang membenarkan cahaya masuk). Ptosis boleh mengehadkan atau menyekat sepenuhnya penglihatan normal.  Figura 1: Ptosis yang terjadi pada mata kiri pesakit. Sumber: https://www.reviewofophthalmology.com/article/how-to-spot-dangerous-ptosisthe-sequel      Levator Palpebrae Superiosi (LPS) dan otot Muller ialah dua otot yang berfungi untuk kenaikan kelopak mata atas. LPS ialah otot paling utama digunakan untuk menaikkan kelopak mata atas. Dalam kes ptosis, margin kelopak mata atas menutupi lebih daripada 2 mm kornea, membuatkan bukaan kelopak kelihatan kecil.  Figura 2: Antara otot-otot mata. Sumber: https://www.ncbi.nlm.nih.gov/books/NBK549919/figure/article-43127.image.f3/?report=objectonly           Di antara semua kes ptosis, ptosis kongenital ialah jenis ptosis yang paling biasa terjadi kepada lelaki. Ptosis kon