Pterygium
Pterygium ialah satu ketumbuhan yang tidak berbahaya dan terjadi pada konjuntiva iaitu tisu mukosa yang meliputi bahagian mata putih. Perkataan Pterygium datang daripada perkataan Greek iaitu 'pterygos' yang bermaksud sayap. Hal ini kerana kerana bentuk pterygium yang seperti sayap. Pterygium boleh tumbuh membesar hingga di atas kornea. Pendedahan kepada cahaya ultra-ungu ialah penyebab utama berlakunya pterygium. Pterygium lebih kerap terjadi pada individu yang tinggal di kawasan bercuaca panas dan kering serta mereka yang kerap berada di luar bangunan di bawah matahari.
Figura 1: Pterygium yang telah tumbuh hingga ke kornea. Sumber dari https://www.aoa.org/healthy-eyes/eye-and-vision-conditions/pterygium?sso=y |
Gejala dan Tanda
- Rasa berpasir dalam mata
- Mata kering
- Kabur penglihatan sekiranya pterygium telah merebak ke bahagian kornea
Pterygium dapat dirawat melalui pembedahan. Sekiranya pterygium telah menganggu penglihatan, pesakit akan dinasihatkan untuk menjalani pembedahan.
Figura 2: Pterygium yang telah tumbuh hingga ke paksi visual. Hal ini akan mengganggu penglihatan pesakit. Sumber dari https://wikem.org/wiki/Pterygium |
Cara-cara untuk Mencegah
- Guna cermin mata yang mempunyai perlindungan dari cahaya ulra-ungu.
- Amalkan memakai cermin mata hitam dan topi apabila berada di luar bangunan
- Pastikan mata anda tidak terlalu kering dengan menggunakan 'artifial tears' (air mata palsu)
Comments
Post a Comment