Parut Kornea

     Kornea ialah satu struktur yang bewarna jernih untuk membenarkan cahaya untuk masuk ke dalam mata. Parut kornea atau 'corneal scar' ialah kelegapan yang boleh mengehadkan fungsi kornea untuk memfokuskan cahaya pada retina. Bukan semua parut boleh menjejaskan penglihatan. Jika parut berada di bahagian tepi kornea, ia mungkin  memberi sedikit kesan pada penglihatan anda. Namun, jika parut di bahagian tengah kornea, ia boleh menyebabkan anda hilang penglihatan.

Figura 1: Parut kornea. Sumber dari https://www.researchgate.net/figure/Corneal-scarring-after-corneal-collagen-cross-linking_fig1_349119100


Punca-punca Parut Kornea

  • Kecederaan pada mata (trauma secara mekanikal atau kimia)
  • Jangkitan kuman pada mata
  • Penyakit keratokonus dan penyakit mata kering yang teruk

Simptom-simptom Parut Kornea
  • Penglihatan yang kabur
  • Sensitif terhadap cahaya
  • Rasa benda asing dalam mata
Rawatan untuk Parut Kornea
  • Kanta Lengkap Khas
  • Pemindahan Kornea
Figura 2: Keadaan kornea setelah pemindahan kornea dilakukan. Sumber dari https://www.nih.gov/news-events/news-releases/nih-funded-study-finds-donor-age-not-factor-most-corneal-transplants

    Pemakaian gogal keselamatan amat penting untuk mereka yang terlibat dalam pekerjaan berisiko seperti dalam  bidang perindustrian yang melibatkan besi atau kimia untuk memberikan perlindungan pada mata daripada hentaman, habuk atau percikan. Hal ini dapat mengelakkan kecederaan pada mata yang boleh menyebabkan parut kornea. Jika anda ada sebarang soalan atau permasalahan, sila ajukan soalan di ruang 'comment' atau boleh datang terus ke Dhiya Optometrist.


Comments

Popular posts from this blog

Myasthenia Gravis

Thyroid Eye Disease

Konjunktivitis