Posts

Showing posts from April, 2023

Parut Kornea

Image
      Kornea ialah satu struktur yang bewarna jernih untuk membenarkan cahaya untuk masuk ke dalam mata. Parut kornea atau 'corneal scar' ialah kelegapan yang boleh mengehadkan fungsi kornea untuk memfokuskan cahaya pada retina. Bukan semua parut boleh menjejaskan penglihatan. Jika parut berada di bahagian tepi kornea, ia mungkin  memberi sedikit kesan pada penglihatan anda. Namun, jika parut di bahagian tengah kornea, ia boleh menyebabkan anda hilang penglihatan. Figura 1: Parut kornea. Sumber dari https://www.researchgate.net/figure/Corneal-scarring-after-corneal-collagen-cross-linking_fig1_349119100 Punca-punca Parut Kornea Kecederaan pada mata (trauma secara mekanikal atau kimia) Jangkitan kuman pada mata Penyakit keratokonus dan penyakit mata kering yang teruk Simptom-simptom Parut Kornea Penglihatan yang kabur Sensitif terhadap cahaya Rasa benda asing dalam mata Rawatan untuk Parut Kornea Kanta Lengkap Khas Pemindahan Kornea Figura 2: Keadaan kornea setelah pemindahan kor

Pterygium

Image
    Pterygium ialah satu ketumbuhan yang tidak berbahaya dan terjadi pada konjuntiva iaitu tisu mukosa yang meliputi bahagian mata putih.  Perkataan Pterygium datang daripada perkataan Greek iaitu 'pterygos' yang bermaksud sayap. Hal ini kerana kerana bentuk pterygium yang seperti sayap. Pterygium boleh tumbuh membesar hingga di atas kornea. Pendedahan kepada cahaya ultra-ungu ialah penyebab utama berlakunya pterygium. Pterygium lebih kerap terjadi pada individu yang tinggal di kawasan bercuaca panas dan kering serta mereka yang kerap berada di luar bangunan di bawah matahari. Figura 1: Pterygium yang telah tumbuh hingga ke kornea. Sumber dari https://www.aoa.org/healthy-eyes/eye-and-vision-conditions/pterygium?sso=y Gejala dan Tanda Rasa berpasir dalam mata Mata kering Kabur penglihatan sekiranya pterygium telah merebak ke bahagian kornea     Pterygium dapat dirawat melalui pembedahan. Sekiranya pterygium telah menganggu penglihatan, pesakit  akan dinasihatkan untuk menjalani