Diabetik Retinopati

Apa Itu Diabetik Retinopati?

                Maksud retinopati ialah kerosakan pada retina. Maksud diabetik retinopati ialah kerosakan yang berlaku pada retina akibat kencing manis yang tidak terkawal. Penyakit ini boleh menyebabkan penglihatan menjadi semakin teruk dan boleh buta apabila ia tidak dirawat. Berdasarkan 'National Eye Survey' di Malaysia, penyakit diabetik retinopati ini menjadi punca buta dalam 10.4% warga tua Malaysia. Namun, masalah buta kesan dari diabetik retinopati boleh dicegah jika penyakit ini dapat dikesan awal.


Figura 1: Retina yang normal VS Retina yang mempunyai diabetik retinopati. Sumber: https://neoretina.com/blog/diabetic-retinopathy-can-it-be-reversed/



Figura 2: 'Fundus' yang mempunyai diabetik retinopati. Sumber: https://www.endocrineweb.com/conditions/diabetes/diabetic-retinopathy


Simptom-simptom diabetik retinopati 

  • Penglihatan semakin kabur
  • Hilang penglihatan secara tiba-tiba
  • Nampak ‘floaters’

Bagaimana berlaku diabetik retinopati?

                Retina memerlukan oksigen melalui salur darah, namun gula dalam darah yang tinggi boleh merosakkan salur darah lalu boleh menyebabkan pendarahan. Pesakit kencing manis haruslah memastikan gula dalam darah, tekanan dan kolestrol dalam paras terkawal untuk mengurangkan risiko daripada retinopati diabetik. Mereka mestilah mengambil ubat mengikut saranan doktor, makan makanan yang seimbang serta melakukan senaman. Mereka juga hendaklah melakukan  pemeriksaan mata setiap tahun.


Rawatan-rawatan Diabetik Retinopati

  • Rawatan laser
Figura 3: Gambaran Fundus yang diambil selepas rawatan laser. Sumber dari https://www.victoriavn.com/en/health-library/what-is-diabetic-retinopathy
  • Suntikan ubat ke dalam mata anda
  • Pembedahan

    Rawatan-rawatan yang dilakukan ini bukanlah untuk menghilangkan pendarahan yang ada tetapi untuk mengelakkan pendarahan menjadi semakin teruk. Oleh itu, pemeriksaan mata secara berkala terutamanya pemeriksaan 'fundus' amatlah penting untuk pesakit kencing manis. Jika anda ada sebarang soalan atau permasalahan, sila ajukan soalan di ruang 'comment' atau boleh datang terus ke Dhiya Optometrist.

Comments

Popular posts from this blog

Myasthenia Gravis

Thyroid Eye Disease

Konjunktivitis