Retinitis Pigmentosa


    'Retinitis Pigmentosa' ialah salah satu penyakit mata yang menjejaskan fungsi 'retina' dengan menyebabkan sel-sel di 'retina' menjadi rosak secara perlahan-lahan. Hal ini mengakibatkan mereka yang menghidapi 'retinitis pigmentosa' hilang penglihatan. 


Figura 1: Fundus pesakit yang mempunyai 'Retinitis Pigmentosa'. Sumber: https://eyewiki.aao.org/Retinitis_Pigmentosa

Simptom-simptom penyakit ini biasanya mula kelihatan sewaktu kanak-kanak dan kebanyakan pesakit akan hilang penglihatan di usia 40 tahun. Antara simptom 'Retinitis Pigmentosa' ialah:

  • susah untuk bergerak dalam keadaan gelap atau cahaya gelap
  • medan penglihatan menjadi sempit (tunnel vision)
  • sensitif terhadap cahaya terang
    Tiada rawatan untuk penyakit 'retinitis pigmentosa' namun mengikut 'National Eye Institue, pengambilan  vitamin A mampu untuk memperlahankan perkembangan penyakit ini. Di samping itu, terdapat juga alat bantuan penglihatan dan  rehabilitasi yang boleh membantu pesakit untuk menjalani kehidupan mereka. 
 
    'Retinitis pigmentosa' ialah salah salah satu penyakit genetik. Penyakit ini terjadi akibat perubahan gen yang mengawal sel-sel di dalam retina. Perubahan genetik ini akan diwarisi oleh anak-anak daripada ibu bapa mereka. Jika sesorang telah didiagnosis dengan penyakit ini, ahli keluarga yang lain perlulah menjalani pemeriksaan mata yang lengkap. Jika anda ada sebarang soalan atau permasalahan, sila ajukan soalan di ruang 'comment' atau boleh datang terus ke Dhiya Optometrist.

Comments

Popular posts from this blog

Myasthenia Gravis

Thyroid Eye Disease

Konjunktivitis