Rabun Warna

 Apa Itu Rabun Warna?

    Rabun warna terjadi apabila seseorang tidak dapat dapat melihat warna dalam keadaan yang 'biasa'. Ia selalu terjadi apabila seseorang tidak dapat membezakan antara warna-warna yang tertentu. 

    Rabun warna terbahagi kepada beberapa jenis iaitu rabun warna merah-hijau. Selain itu, terdapat juga rabun warna biru-kuning. Rabun warna yang biasa terjadi di kalangan masyarakat ialah rabun warna merah-hijau. 1 daripada 12 orang lelaki dan 1 daripada 200 orang perempuan mempunyai rabun warna merah-hijau ini. 

    Di dalam retina, terdapat 2 jenis sel yang mengesan cahaya iaitu ‘rods’ dan ‘cones’. 'Rods' berfungsi untuk penglihatan di dalam gelap. 'Cones' pula berfungsi untuk penglihatan warna. Terdapat 3 jenis 'cones' untuk mengesan warna iaitu merah, hijau dan biru. Ketiadaan satu 'cones' atau lebih ini menyebabkan rabun warna.

   Tiada rawatan untuk rabun warna dan hanya cermin serta kanta lengkap untuk rabun warna sahaja yang boleh membantu supaya mereka boleh melihat warna seperti 'biasa'. 

Figura 1: Contoh cermin mata untuk rabun warna


Siapakah yang Berisiko untuk Mendapat Rabun Warna?

Golongan yang berisiko untuk mendapat rabun warna ialah

  • Mempunyai ahli keluarga yang mempunyai rabun warna (selalunya terjadi melalui genetik melibatkan 'X-linked chromosome')
  • Menghidapi penyakit mata 
  • Menghidapi masalah kesihatan seperti diabetes, penyakit Alzheimer dan Multiple Sclerosis
  • Mengambil ubat-ubat tertentu seperti etambutol, klorokuin, hidrosiklorokuin, fenitoin dan sildenafil
  • Terdedah pada bahan kimia seperti karbon disulpida dan stirena
    Oleh itu, ujian saringan penglihatan warna amatlah penting untuk dilakukan bagi
 mengesan awal masalah rabun warna ini. Masalah yang selalu terjadi di kalangan mereka yang mempunyai warna ialah pilihan karier yang terhad. Antara pekerjaan yang tidak sesuai untuk mereka yang mempunyai rabun warna ialah juruterbang, pemandu tren, dan pengawal trafik udara. 

Figura 2: Ujian Penglihatan warna



    Di Dhiya Optometrist, kami ada menyediakan perkidmatan untuk ujian saringan penglihatan warna. Jika anda ada sebarang soalan atau permasalahan, sila ajukan soalan di ruang 'comment' atau boleh datang terus ke Dhiya Optometrist.

Comments

Popular posts from this blog

Myasthenia Gravis

Thyroid Eye Disease

Konjunktivitis