Katarak

 Apakah Katarak?

Di dalam mata kita, terdapat satu kanta semula jadi. Kanta ini akan membengkokkan cahaya yang masuk ke dalam mata untuk kita melihat. Kanta ini sepatutnya berwarna jernih. Jika anda mempunyai katarak, kanta ini akan berwarna keruh. Hal ini mengakibatkan cahaya tidak boleh jatuh betul-betul di atas retina dan ini menyebabkan sukar untuk melihat. 


Figura 1: Perbandingan antara mata yang sihat dengan mata yang mempunyai katarak. Sumber: http://rowaneyecenter.com/2018/01/08/everything-there-is-to-know-about-cataract-surgery/



Figura 2: Mata pesakit yang mempunyai katarak. Sumber: https://www.aao.org/eye-health/diseases/what-are-cataracts

Apakah Simptom-simptom katarak?

l  Penglihatan kabur

l  Silau terhadap cahaya terutamanya terhadap lampu kereta pada malam hari

l  Warna terang menjadi pudar

l  Nampak objek menjadi dua

 

Apakah Punca-punca katarak?

                Penuaan ialah punca utama apabila protein yang berada di dalam kanta berubah strukturnya. Punca-punca lain ialah:

l  Mempunyai masalah kesihatan seperti kencing manis

l  Pernah mengalami kecederaan pada mata dan pembedahan mata

l  Selalu terdedah pada matahari terutamanya apabila tidak memakai cermin mata hitam

l  Pengambilan sesetengah ubat seperti steroid

 

                Pada peringkat awal, pandangan kabur yang disebabkan katarak boleh dibetulkan menggunakan cermin mata. Namun apabila, katarak menjadi tebal, rawatan hanyalah boleh dilakukan melalui pembedahan sahaja. Doktor akan menggantikan kanta anda kepada kanta yang baru semasa pembedahan supaya penglihatan tidak lagi kabur. Oleh itu, pemeriksaan mata amatlah penting terutamanya kepada golongan yang berusia atau yang mempunyai masalah kesihatan seperti kencing manis.


Comments

Popular posts from this blog

Myasthenia Gravis

Thyroid Eye Disease

Konjunktivitis