Posts

Showing posts from March, 2023

Retinitis Pigmentosa

Image
    'Retinitis Pigmentosa' ialah salah satu penyakit mata yang menjejaskan fungsi 'retina' dengan menyebabkan sel-sel di 'retina' menjadi rosak secara perlahan-lahan. Hal ini mengakibatkan mereka yang menghidapi 'retinitis pigmentosa' hilang penglihatan.  Figura 1: Fundus pesakit yang mempunyai 'Retinitis Pigmentosa'. Sumber: https://eyewiki.aao.org/Retinitis_Pigmentosa Simptom-simptom penyakit ini biasanya mula kelihatan sewaktu kanak-kanak dan kebanyakan pesakit akan hilang penglihatan di usia 40 tahun. Antara simptom 'Retinitis Pigmentosa' ialah: susah untuk bergerak dalam keadaan gelap atau cahaya gelap medan penglihatan menjadi sempit (tunnel vision) sensitif terhadap cahaya terang      Tiada rawatan untuk penyakit 'retinitis pigmentosa' namun mengikut 'National Eye Institue, pengambilan  vitamin A mampu untuk memperlahankan perkembangan penyakit ini. Di samping itu, terdapat juga alat bantuan penglihatan dan  rehabilitas

Rabun Warna

Image
  Apa Itu Rabun Warna?      Rabun warna terjadi apabila seseorang tidak dapat dapat melihat warna dalam keadaan yang 'biasa'. Ia selalu terjadi apabila seseorang tidak dapat membezakan antara warna-warna yang tertentu.      Rabun warna terbahagi kepada beberapa jenis iaitu rabun warna merah-hijau. Selain itu, terdapat juga rabun warna biru-kuning. Rabun warna yang biasa terjadi di kalangan masyarakat ialah rabun  warna merah-hijau. 1 daripada 12 orang lelaki dan 1 daripada 200 orang perempuan mempunyai rabun warna merah-hijau ini.       Di dalam retina, terdapat 2 jenis sel yang mengesan cahaya iaitu ‘rods’ dan ‘cones’. 'Rods' berfungsi untuk penglihatan di dalam gelap. 'Cones' pula berfungsi untuk penglihatan warna. Terdapat 3 jenis 'cones' untuk mengesan warna iaitu merah, hijau dan biru. Ketiadaan satu  'cones' atau lebih ini menyebabkan rabun warna.    Tiada rawatan untuk rabun warna dan hanya cermin serta kanta lengkap untuk rabun warna saha