Retinal Detachment

'Retinal detachment' ialah masalah mata yang terjadi apabila retina (tisu di belakang mata) tertarik dari posisinya yang normal di belakang mata.



Figura 1: Struktur Retina. Sumber: https://www.allaboutvision.com/resources/retina.htm



Figura 2: Perbandingan antara retina yang normal dengan retina yang mempunyai 'retinal detachment'. Sumber: https://vivideyecentre.com/en/retinal-detachment/

 

Simptom-simptom 'Retinal Detachment'

Jika sedikit bahagian retina sahaja yang tertanggal, pesakit mungkin tiada simptom. Namun, jika besar bahagian retina yang tertanggal, pesakit mungkin akan menghadapi simptom-simptom secara tiba-tiba seperti yang berikut:-

·        Penglihatan tidak sejelas yang biasa

·         Melihat banyak floaters (bintik-bintik hitam kecil yang terapung dalam penglihatan)

·         Melihat ‘Flashes of light’

·         Melihat bayang-bayang hitam atau seperti langsir di tepi atau di tengah penglihatan



Figura 3: Contoh simptom 'retinal detachment'. Sumber: https://westbocaeyecenter.com/

 

   'Retinal detachment' ialah kes kecemasan yang harus dirawat segera. Sila segera berjumpa doktor sekiranya anda mempunyai simptom. Jika retinal detachment tidak dirawat terus, semakin besar bahagian yang boleh tertanggal. Hal ini boleh meningkatkan risiko pesakit untuk hilang penglihatan atau buta.

Antara orang yang berisiko tinggi untuk mendapat retinal detachment ialah:

  1.  Pernah mempunyai kecederaan yang serius pada mata
  2. Pernah menghadapi pembedahan mata seperti pembedahan katarak
  3. Mempunyai diabetik retinopati (keadaan yang memberi kesan pada salur darah di retina yang dihadapi oleh pesakit kencing manis
  4. Mempunyai rabun jauh (myopia) yang tinggi
Jika anda ada sebarang soalan atau permasalahan, sila ajukan soalan di ruang 'comment' atau boleh datang terus ke Dhiya Optometrist.

Comments

Popular posts from this blog

Myasthenia Gravis

Thyroid Eye Disease

Konjunktivitis