Glaukoma

    Glaukoma ialah penyakit mata yang mengakibatkan kerosakan pada saraf optik yang merupakan laluan membawa signal dari mata ke otak. Penyakit ini terjadi apabila terdapat pengumpulan cecair di dalam mata yang berlebihan dan ini meningkatkan tekanan di dalam mata. Glaukoma ini boleh menyebabkan kebutaan yang kekal sekiranya dibiarkan tanpa dirawat.


Figura 2: Mata yang normal VS Glaukoma. Sumber: https://www.neoeyeclinic.com/terms/glaucoma-it-s-signs-and-treatment/5524

Golongan yang Berisiko untuk Mendapat Glaukoma

  • Mempunyai ahli keluarga yang mempunyai glaukoma
  • Tekanan dalam bola mata yang melebihi normal
  • Mempunyai masalah kesihatan seperti kencing manis dan darah tinggi
  • Menggunakan ubat mengandungi steroid secara berterusan
  • Golongan yang berusia

   Glaukoma juga digelar ‘silent thief of sight’ kerana ramai orang tidak perasan yang mereka mempunyai glaukoma sehinggalah mereka melakukan pemeriksaan mata atau penyakit glaukoma sudah masuk ke tahap ‘advanced’.

Simptom-simptom Glaukoma

  • Sakit pada bola mata
  •  Kabur penglihatan mata
  • Sakit kepala
  • Mual & muntah 
  • Pengecutan medan penglihatan



Cara untuk Mengesan Glaukoma

  • Ujian penglihatan atau ‘visual acuity test
  • Ujian tekanan bola mata
  • Funduskopi
  • Ujian medan penglihatan

Figura 3: Ujian Medan Penglihatan di Dhiya Optometrist

Rawatan Glaukoma

Kerosakan pada saraf mata ialah kekal tetapi rawatan perlu dilakukan untuk mengelakkan penglihatan pesakit dari menjadi lebih teruk. Di bawah ialah rawatan-rawatan glaukoma:

  • Ubat dari doktor – untuk mengurangkan tekanan di dalam mata
  • Rawatan laser – untuk membuka saluran yang tersumbat
  • Pembedahan – untuk membuka saluran yang tersumbat

    Pemeriksaan mata yang lengkap amatlah penting untuk mengesan penyakit glaukoma. Jika anda ada sebarang soalan atau permasalahan, sila ajukan soalan di ruang 'comment' atau boleh datang terus ke Dhiya Optometrist.





Comments

Popular posts from this blog

Myasthenia Gravis

Thyroid Eye Disease

Konjunktivitis