Struktur Mata

 

    Mata ialah ciptaan Allah yang sungguh menakjubkan. Kita harus bersyukur kerana mempunyai mata yang sihat. Nikmat sepasang mata yang sihat ialah sesuatu yang tidak dapat diukur dengan harta dan wang. Pernah anda bandingkan gambar yang anda tangkap menggunakan kamera dengan apa yang dilihat dengan mata anda? 

    Secanggih mana pun kamera-kamera yang dicipta oleh manusia, namun ia tidak dapat menandingi mata yang kita miliki. Kita dikurniakan mata sebagai organ penglihatan oleh Allah untuk melihat kekuasaan dan kehebatan Allah S.W.T. Namun, pelbagai penyakit boleh timbul yang boleh menjejaskan kesihatan mata. Sebelum kita kenal penyakit-penyakit ini, jom kita lihat struktur-struktur pada mata dahulu.



Struktur mata

Figura 1: Struktur mata. Sumber: https://www.nei.nih.gov/learn-about-eye-health/healthy-vision/how-eyes-work

Secara anggaran, 'power' mata kita ialah 60 D ketika berada dalam keadaan relaks. 

1.   Cornea’ atau kornea ialah lapisan di depan mata yang jernih atau tidak berwarna. Fungsi kornea adalah untuk membengkokkan cahaya untuk mata fokus. Anggaran 'power cornea' ialah 40 D ketika mata dalam keadaan relaks.

2.    Pupil’ ialah bukaan atau mata yang berwarna hitam untuk cahaya masuk ke dalam mata. Bukaan ini boleh mencecah sehingga 8 mm

3.     Lens’ atau kanta berfungsi bersama kornea untuk memfokuskan cahaya pada retina. Kanta kita mempunyai anggaran power sebanyak 20 D dalam keadaan relaks.

4.   Retina ialah lapisan tisu di belakang mata yang sensitif pada cahaya dan mempunyai banyak sel untuk menukarkan signal cahaya kepada signal elektrik.

5.     ‘Optic nerve’ ialah saraf optik yang menghantar ‘signal’ dari retina ke otak.


Fakta menarik tentang mata.  

  • Bola mata ialah organ yang paling unik dan kompleks yang anda miliki selepas otak anda.
  • Otot paling aktif dalam badan ialah otot yang ada pada mata kita.
  • Mata mempunyai jutaan sel sensitif cahaya.
Menarik kan mengenai mata kita. Maka, kita perlulah menjaga kesihatan mata seelok-eloknya. 

Comments

Popular posts from this blog

Myasthenia Gravis

Thyroid Eye Disease

Konjunktivitis